Monday 31 December 2012

2012 untuk Suci

Tahun 2012 berakhir semalam.. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja...

Antara kenangan terindah 2012 ialah
1. ujian UPT (urine pregnency test) aku positif pada 15 November 2012.
2. Honeymoon dengan suami tercinta ke lokasi rahsia... Sangat peribadi untuk dikongsi... Oktober 2012.
3. Kenaikan gaji tahun 2012 yang melebihi 10% dari gaji basic... Alhamdulillah.
4. Tahun 2012 menyaksikan tahun paling banyak kali aku ke Padang Besar, Perlis... 7 atau 8 kali.. Hampir setiap bulan.

2012 juga membawa duka... Oh... Kita carry forward kenangan manis sahaja... Kenangan pahit biarlah tidak ditulis supaya dapat dilupakan!!!

Selamat Tahun Baru 2013...

Azam tahun ini ada! Dah tulis dalam dairi... Tapi 2012 percaya atau tidak, aku tak ada azam langsung!

Syukur Ya Allah.

Saturday 22 December 2012

Kisah warga asing di hospital

Pertama sekali aku nak ungkapkan betapa bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia.

Ok. Ini bukan kisah aku tapi kisah dua warga Indonesia yang keguguran. Hasny Meliawati dan Erina. Hasny peramah dan nampak mesra. Senyuman sentiasa terukir dibibir gadis yang berusia 24 tahun ini. Dia seorang operator di salah satu kilang yang terkenal di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dari ceritanya dia sudah 2 tahun setengah kerja di Malaysia.

Aku pelik Hasny hanya berpakaian biasa dan duduk dikerusi tepi katilnya. Berita cepat betul tersebar. Dari Aunty Cecilia sebelah aku dapat tau rupanya Hasny sudah boleh keluar semalam. Dia masuk ke Hospital pada 18 Desember 2012 kerana keguguran di kala bayi di dalam perutnya berusia 4 bulan. Punca? Aku sendiri tidak berani untuk tanyakan soalan sensitif itu. Lebih lebih lagi apabila dia sering kali memberitahu yang pipi anaknya setelah dilahirkan bulat seperti pipinya sambil memicit micit pipinya sendiri. Anak itu sudah cukup sifat tetapi belum cukup kuat untuk hidup di dunia.

Apa tujuan aku tulis tentang Hasny? Aku kesian. Aku tersentuh dengan ceritanya. Suami Hasny warga Myanmar yang bekerja di tapak pembinaan. Dia masih ada dihospital kerana tidak mampu membayar bil hospital untuk keluar. Bil hospitalnya mencecah RM450. Berbanding bil hospital aku yang takkan mencecah RM50 pun sebagai rakyat Malaysia. Sudah semestinya percuma jika aku warga kerajaan. Oh Suci, ini cerita tentang Hasny bukan kau!

Malam nanti jika dia tak mampu bayar, khabarnya dia akan dibawa pergi oleh polis. Aku taktau ini cerita benar atau gosip untuk menakut nakutkan Hasny. Menjelang petang matanya berkaca... Hasny datang rapat ke katilku. Dihulurnya talifon bimbit miliknya. Dia minta aku untuk membeli talifon itu buat dia bayar bil hospital. Jujur aku tidak ada keperluan untuk membelinya. Aku terangkan kepada dia secara baik. Aku memberi idea supaya suaminya meminjam duit majikan atau ambil advance gaji. Aku tak dapat membantu. Yang aku mampu hanya membelikan makanan tengah hari untuknya kerana dia sudah tidak layak untuk mendapat makanan seperti pesakit lain. Aku belanja dan halalkan.

Dia mengadu kepada ku... Aku alih bahasa ke bahasa Malaysia.... "Kak, jika di Indon aku ada kad kelas A dihospital. Bapaku seorang guru. Aku belum ada duit untuk bayar bil hospital yang sepatutnya AGENT aku yang tanggung semua. AGENT ku sudah datang tapi dia lari bersama bil. Dia tidak bayar. Bagaimana Kak? Gajiku setiap bulan dipotong AGENT untuk bayaran perubatan. Tapi bila sakit dia tidak mahu bayar bil hospitalku. Aku datang sini untuk bekerja, aku bukan pengemis. Kenapa Suster ketawakan aku kak? Aku sangat sedih kerana kehilangan anakku. Mereka lagi ketawakan aku. Aku bukan sengaja tidak mahu bayar. AGENT itu tipu aku. Kawan juga enggan membantu. Aku sedih kak."

Dia beritahu yang di Indon dia tak mampu sambung belajar. Di sana segalanya mahal. Aku angguk faham. Aku bertuah. MARA bagi aku peluang untuk sambung belajar. Pinjaman pelajaran aku juga hanya perlu di bayar 10% dari pinjaman. Alhamdulillah. Jika nak cerita terlalu panjang jasa MARA membantu kaum aku sekarang. Syukur. Syukur. Syukur.

Hasny akhirnya keluar hospital pukul 10mlm. Suami dia datang bersama duit yang dipinjam dari kawan-kawan. Sebelum balik dia salam dan cium tangan aku. Dia pergi dengan senyuman.

Erina? Sepatutnya boleh balik semalam juga tapi sehingga pagi ini masih tidur dibawah selimut. AGENT yang janji nak bayar bil hospital tidak kunjung tiba. Dia hanya diam. Diam dibawah selimut sepanjang hari.

Aku masih belum boleh balik. Asyik lupa. Ini bukan kisah aku. Ini kisah mereka.

Pengakhiran dan Permulaan....

Kipas ligat berputar di syiling putih...sejuk. Suasana sunyi. Aku perlahan lahan menekan papan kunci di paparan talifon cerdik ini. Lampu dah dipadamkan cuma tinggal cahaya samar-samar dari kaki lima. Sesekali aku lihat kiri dan kanan. Mereka sudah nyenyak diulit mimpi. Aku belum mampu untuk pejamkan mata sejak tadi.

Wad kelas ke tiga untuk aku selesa. Bukan sebab itu aku tidak mampu lelapkan mata. Kesakitan juga telah lama kurang. Aku redha Ya Allah dengan ujian Mu... Tapi aku sangat rindukan bidadariku... Bidadari kesayangan ku. Allah pinjam kan 9minggu dalam rahimku. 9 minggu yang terasa paling panjang seumur hidupku... Paling bahagia. Paling BAHAGIA.

Izinkan aku bahasakan diri aku ibu untuk bidadari syurga ini... Maafkan ibu sayang. Ibu cuba sedaya upaya. Ibu terlalu sayangkan kamu. Ibu rindukan kamu. Bengkak mata ibu seharian menangis menerima berita itu. Ayah kamu pun sama sayang... Ayah kamu genggam erat tangan ibu dan terdiam saat doktor memberitahu ibu akan kehilangan kamu. Ibu sedar matanya juga berkaca. Kamu yang kami nantikan. Kamu yang sangat kami sayang. Ibu bersyukur di beri peluang ini. Kini ibu redha. Sekuat manapun, air mata rindu ini tetap mengalir untukmu sayang.

12malam di wad C20 Hospital Besar Pulau Pinang. Pengera talifon aku berbunyi mengingatkan aku untuk mengambil ubat darah tinggi. Kali ini pengera itu aku matikan tanpa tindakan. Aku sudah tidak perlu mengambilnya lagi. Terngiang-ngiang kata-kata doktor yang aku sudah tak mengandung, jadi tak perlu makan ubat itu lagi. TIDAK MENGANDUNG adalah 2 perkataan yang paling mengguris hati untuk hari ini.

Tanggal 221212. Pengakhiran satu perjalanan untuk aku menjadi ibu untuk kali ini. Tanggal 221212 juga permulaan untuk aku lebih bersedia untuk menjadi ibu lagi di masa hadapan.

Selagi ada jodoh aku dengan abang, aku takkan putus asa. Aku akan terus mencuba dan mencuba lagi. Saat hayat masih dikandung badan. Dikala matahari masih terbit di timur. Dengan izin Mu Ya Allah...

Ini kali kedua aku bermalam di wad ini. Wad yang tinggalkan seribu kemanisan dan kedukaan pada waktu yang sama.

Sunday 9 December 2012

Blackout

Apabila opis tiba-tiba blackout... Dengar la rakan-rakan keliling jerit "checkin first,everyone checkin first"

Apa yang diorg maksudkan ialah checkin cell or block yang diorg tengah buat masuk dalam server... Takut hilang sume kerja kalau machine pun shutdown... Buat masa ni machine aku pun on...tapi aku duk dalam gelap...

Haaaaaaaa...macam ni la keadaannya....
Jom sambung kerja... Cayok!!!!!

.my workstation.

Thursday 6 December 2012

Kesetiaan

Salam Jumaat yang mulia.. Harini lewat skit sampai kerja..9.20pg baru duduk kat kotak ni...

Penat...semalam training sampai pukul 9.15mlm...lepas tu teman abang joe makan malam kat tepi Giant tu on da way balik rumah... Abis makan masuk Giant sat, pi beli susu... Susu untuk aku lar... Punya la lama pilih... Last skali pilih Anmum Materna... Pagi tadi dah minum pun... Sedap... bagi aku yang tak minum susu sebelum ni... Aku boleh la minum... :)

Aku rasa sangat free kerja sekarang ni sebab aku takda kerja... sesungguhnya... memang free... nak study kot.... study pasal pregnancy dan buat planning untuk masa depan.

Sekarang ni tengah layan Era FM online streaming... Dulu pakai MP3 yang dapat hanya FLY FM sahaja... yang lain tak dapat... bagus btul ada online streaming, apa apa radio pun boleh dengar... hoyehhhhhhh.... :)

Aku punya alahan macam dah hilang... buat aku sangat risau.... 11/11/12 ni kena p maternity hospital, aku harap depa scan tengok keadaan baby kesayangan aku ni.. :)

Apa kaitan tajuk KESETIAAN dengan entry kali ni? Entah.

yang penting semua orang bahagia. -amin-

Dont Read This

Art for my blog...

Wednesday 5 December 2012

Habit

Dah jadi habit pulak nak tulis kat blog ni...sehari berapa kali nak tulis...ok sekarang aku bosan sebab tak ada kerja nak buat.lalalalaalalalalaa....

Arini makan nasi dengan petola goreng sambal telor dan sosej dan crap yg ada mayonis tu...

Pastu nk balik boleh bantai makan jeruk mangga... Aiyakkkkk ini takboleh nak tahan.tengok teringin. Huhu....

Ini dia jeruk mangga... 120gram RM2.... Dari dulu memang habit makan masam..sekarang kena kurangkan...

Pagi yang Indah

Hari ini aku rasa sangat bahagia... Pagi yang aku rasakan sangat indah..
Susah nak gambarkan dengan kata kata...
Suami hantar pergi kerja sebab malam ni aku ada training kat usains yang abis pukul 9.15mlm... Indahnya...
Bagi aku dapat sembang dengan ayah adalah sesuatu yang indah... Bila bos senyum dan ketawa jugak sesuatu yang indah...
Indah yang membuatkan hati bahagia...
Menetap di Balik Pulau, Pulau Pinang memang memberikan pemandangan yang indah... Rumah aku atas bukit yang dibelakangnya ada dusun durian Tok Ndak... Perjalanan harian ke tempat kerja melalui bukit yang tinggi pokok menghijau, permandangan laut luas yang biru, langit dan awan yang sangat indah bersama matahari pagi yang terang jika hari tak hujan... Jika bukan aku yang memandu, aku sempat menikmati semua ini... SubhanAllah... Sangat indah.
Syukur Ya Allah... Engkau memberikan aku peluang ini...
Merah Tema Dipagi Hari Khamis yang Indah

Tuesday 4 December 2012

Makan Sedap

Hari ni lunch aku makan sedap. Fish and chip special... Air lemon tea... Aiskrim vanila dgn coklat...

Jangan lupa... Ini makanan rohani... Hahaha... Insya'Allah aku sihat...

Sekali sekala layankan nafsu...

Aku tak snap pun picture... Aku jarang wat macam tu... Lain kali aku ingat k...

Sekarang sambung kerja.. *senyum*

Positif kan diri..

Wahhhhhhh... Hati ini pelik.. Boleh jadi sayu dengan tiba-tiba.. Boleh kuar air mata tanpa di minta..

Salahkan hormon!!! Tak patut betul.. Haha

Kena positifkan diri... Positif positif positif... Aura baik datanglah.... Datanglah mengiringi batinku yang gundah gulana... Sisipkan helai tawa... Rantai kan iman di hati... Kunci terus dan buang anak kuncinya biar ia kekal... Kekal menemaniku..

Jika ada ruang.. Akan aku lapah kulit kepala.. Bersihkan tempurungnya dan anginkan isinya...
Isinya??? Ya... Biar sejuk isinya agar dapat lupakan kesengsaraan ku.

Isinya adalah otak ku.. Tapi aku masih belum jumpa ruangnya.

Terbukti Depan Mata

Selasa hari ini di mana aku sakit kepala sepanjang hari. Aku makan nasi lemak gulai ikan masin pagi tadi.
Orang cakap jangan makan masin nanti tekanan darah naik.

Terbukti. Aku memang ada jadual check tekanan darah selang sehari. Kebetulan hari ni aku kena pi check tekanan darah... Tahniah 1st check 188/97... Wah aku terus diam. Cakap dgn adik tu jangan ler tulis... Check lagi skali... Rehat dulu 10min... Second check 166/87 adik tu trus tulis... Terbukti depan mata...

Wahhhhhh...terus insaf. Dah la sakit kepala... Darah naik... Hurmmmmm... Nangis....

Apa pun no more masin masin next time. Janji.

Monday 3 December 2012

Lagi

Lagi lagi aku mai conteng kat blog ni...

Entah lah aku rasa selesa menaip kat sini dari sana dan sinun...

Aku baru lepas makan...

Lauk ayam bakar sayur kangkung dan sambal tempe... Nasi separuh..

Fuhhhhhhhh.... Alhamdulillah....

Bila makan ni mulalah ngantuk...

Lagi satu makanan tu macam terperuk kat tekak....

Woiiiii.... Sejuknya ekon opis ni... Btul btul atas kepala sipi sipi skit lagi duk tala kat aku.... Memang sejuk. Bahasa apalah aku merepek disini.

Jom jom jom... Positifkan diri...

Aku ni emosi tak betul skit... Baik aku bekawan sorang sorang dengan diri sendiri daripada nanti kawan kawan aku terasa hati.

Ok... Depa lalu lalang sini meriah btul...

Aku taip ni sambil tengok review kereta mirage...cantik jugak yer.

Lalalalalalalala.... Bye bye...

Sekarang

Sekarang aku duduk atas kerusi warna hijau...
Depan aku lcd monitor mungkin 14" atau lebih aku tak pasti...
Toleh kanan besepah...
Toleh kiri terselindung...
Pandang atas kehadapan ada penjuru pembahagi ruang dan lampu...
Pandang atas kepala syiling atap berlubang lubang...
Pusing belakang ada papan putih peribadi yang kosong, kabinet buku kosong, rak buku kosong dan almari peribadi yang kosong,
Berdiri aku nampak iklan perabut di kotak En.Lau...
Aku masih dalam kotak aku sendiri.
Ambil bantal hijau dan peluk kuat kuat...
Bersandar kembali dikerusi sambil meneropong jiran hadapan sebelah kiri...dia tiada!
Panjangkan leher mengerling ke arah kotak hadapan... Bos pun tiada!
Sekarang masa yang sangat sesuai... Zzzzzzzzzzzzz.....
Sekarang. Ya, Sekarang!
jiran hadapan sebelah kiri tiada! bantal hijau ku... papan putih bos pun bersih!

Pagi selasa.

Pagi hari selasa yang sakit kepala. Huissshhhhhhh.... Drive dari umah ke tempat kerja masih bleh tahan lagi... Sampai je masuk pagar bangunan ni terus sakit kepala..
Itu lah...duk rasa diri sihat macam dulu... Dah lama tak makan nasi lemak pagi2 tiba-tiba  hari ni terhidang nasi lemak atas meja... Bukan sebarang nasi lemak tapi nasi lemak gulai udang dgn ikan masin. Saya ulang IKaN MaSIN... Hurmmmm...teringin punya pasal makan la jugak... Last last sakit kepala yg semakin teruk...takboleh nak handle...
Ini la rupa saya pagi ni...da mcm nenek kebayan... Hidung macam makin besarrrrrrrrr ja. Omai....
mak nenek

Sunday 2 December 2012

Susu Setiap Pagi

Aku perlu minum susu setiap hari. Ini untuk hari ini. Done.

Isnin hari yang penuh semangat

Assalamualaikum.. Ehem ehem... Tajuk kat atas bukan perli tau... Sungguh sungguh ni... Setelah 4 hari setengah cuti sakit, hari ni mula kerja dengan penuh semangat.

Mula dengan bismillah... Datang awal dengan bangganya... Senyum sampai telinga... Tolak semua perkara negatif...

Tapi satu ja...nak mulakan kerja tapi takda kerja... Hahaha...

So mula la check post entry semalam dari machine kat opis ni... Sekali tengok besarrrrrrr nya picture... Dalam blogger app ni takdak button nak kecikkan dan buh caption gambar... Sama ada takdak or aku yang belum belajar... Huhu apa pun entry ni untuk isi masa lapang ni... Sementara duk bosan takdak kerja...

Ok la... Stakat ini dulu... Nanti kalau takda kerja aku mai sini lagi...

Muaaaaahhhhhhhhhhhh.....

Bawah ni gambar hiasan.. Aku dengan abang joe masa raya... Enjoy!!!

Saturday 1 December 2012

Permulaan Baru

Last post aku gambar direct dari phone. Sekarang aku nak try post entry baru dari phone pulak... Aku baru install blogger app. Harap lepas ni lagi senang la nak tulis blog hanya dari phone ni. *smile*
Permulaan baru bagi aku juga yang baru melalui fasa baru dalam hidup ni.. Setelah setahun enam bulan mendirikan rumah tangga... Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T memberikan aku rezeki yang ditunggu tunggu selama ini.
Kandungan aku masih awal tapi aku benar-benar tak sabar untuk kongsikan berita baik ini dengan semua. Semoga rezeki ini milik aku. Segalanya masih awal untuk diperkatakan.
Walaupun kesihatan aku tak mengizinkan aku untuk terus aktif macam selalu, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga kandungan ini sebaik mungkin. Ya Allah Engkau periharalah kandungan ku.
23 November 12 aku hampir pitam... Rupanya tekanan darah aku sangat tinggi. Aku ditahan wad di hospital pulau pinang. Berisiko. Kesihatan pun tak menentu. Untuk yang membaca entry ni doakan lah kesihatan aku tau.
Aku sayang korang semua. Rindu sangat-sangat.

tangan si bam bam kat emergency room.. sempat lagi amik gambar tu..

Wednesday 31 October 2012

payahnya kalau dah tak suka...

Dulu masa arwah mak dalam wad... ada satu MISI ni... nurse la kalau dalam bahasa orang putihnya... dia adalah seorang kawan yang aku kenali masa sekolah rendah dulu... kami kawan baik...

dia seorang yang pandai masa kat sekolah dulu... rumah aku pun dekat dengan rumah dia... tapi sejak aku pindah sekolah, kami mula la renggang... setelah bertahun-tahun tak jumpa...akhirnya aku jumpa balik dia, di wad mak aku bermalam... rasa lega bila ada orang yang kita kenal jadi MISI kat situ... perasaan tu macam rasa mesti dia jaga mak aku elok-elok.

tapi indah khabar dari rupa... kawan baik aku yang pandai suatu ketika dulu adalah seorang staff nurse yang sombong dan bermuka bongkak. muka cantik tapi taknak senyum... cakap dengan orang tua tengking-tengking je dari jauh... sebab aku teman mak tidur malam-malam, jadi aku jadi saksi.... perangai yang sangat teruk! macam kerja hanya untuk duit. macam tak ada hati perut.

Arwah mak 4 bulan di hospital. Mak masuk dalam keadaan kritikal dan di wad ICU selama 2 minggu. selama 4 bulan mak di hospital, aku kenal ramai MISI... dari ICU ke wad biasa, wad kelas satu, tempat cuci darah, wad tumpang sebab wad penuh... macam2....aku kagum dengan kerja diorang... dari staff nurse sampai la nurse pelatih, semuanya tabah-tabah.... baik-baik belaka.

Ramai staff-nurse yang aku jumpa, walaupun dia tak kenal kita tapi sangat berbudi bahasa dan sejuk mata memandang. tapi malangnya bukan semua yang macam tu termasuk kawan aku ni. sejak aku jumpa dia di wad aritu, aku jadi tak suka dengan dia... TAK SUKA.

Apa agaknya masalah dia? kena paksa ke jadi staff nurse???sampai dia kerja jadi macam ALA-ALA tak ikhlas... bukan setakat nampak tak ikhlas, jelas sangat tak ikhlas. dia pandai... sangat pandai di sekolah dulu... aku ingat rangking dia tempat pertama, kedua atau ketiga... <rangking aku off-side terus,haha> jadi kenapa tak jadi doktor ke, peguam ke, ENGINEER ke??? kan... kan????

kenapa baru sekarang aku cerita pasal ni?? sebab baru-baru ni aku tengok dia bukan main lagi.... nak upload gambar mau2 je yang tempat mahal-mahal, baskin robin la, apa la.... hurmmmm..... drive honda civic... ok fine... aku tau la gaji ko sebagai stuff-nurce tu banyak, jadi kerja la dengan baik... jangan sombong.... hormatilah orang tua.... banyak pahalanya kerja engkau yang sangat mulia itu...

Aku memang pandang tinggi semua nurse kat dunia ni.... SERIUS.... aku sangat kagum...

tapi untuk kawan aku tu, payahnya kalau dah tak suka, tetap tak suka!

ps: aku ada jumpa dia masa ayah masuk wad bulan lepas... Mak aiiiii senyum pun tak... bukan tak senyum kat aku, tak senyum kat pesakit-pesakit tu ler...

ps2: aku ada ramai kawan-kawan lain dan sepupu yang jadi nurse... semuanya baik-baik belaka... sesungguhnya saya sangat kagum dengan kerja anda!

-misi semua cantik-cantik...saya suka!-



  








Sunday 14 October 2012

twiiter & smartphone & kurus

Assalamualaikum....

memang la ketinggalan zaman sangat-sangat aku ni sebab baru nak buat account twitter... ini pun terpengaruh dengan kakak dan adik aku yang duk sibuk sembang macam-macam tapi aku ketinggalan... rupa-rupanya depa ni duk tweet aku taktau... so aku pun buat la satu... hehe

nak ajak korang follow... tapi tak reti la pulak macam mana...

lagi satu... dari tahun lepas lagi benda ni... cuma aku ja tak sensitip langsung.... pasal SMARTPHONE.... kalau dulu masuk rumah, kalau ada 3 dugong < jangan marah na, along, yaya dan adiq>  melepak kat ruang tamu, ada 3 la laptop depa duk mengadap.... lani masing-masing duk mengadap phone masing-masing.... gejala ni bukan kat rumah saja, tapi kat mana-mana pun....

aku takda smartphone... bukan stakat tak ada smartphone, tab ka, i-pad ka, atau gajet-gajet yang seangkatan dengannya, aku belum ada. yang ada notebook blackcube... dapat la aku online... weeeee.....

ada cita-cita nak beli... tunggu masa yang sesuai.... sekarang ada yang lebih penting dari tu perlu di selesaikan... hehe

pasal kurus pulak... kan aku janji nak update pasal kurus ni... oleh kerana aku demam sampai bengkak-bengkak badan tu, jadi aku berenti sat...tapi tetap cuba sedaya upaya untuk jaga makan. boleh percaya ka??? percayalah.....

ok.. itu sahaja... salam sayang dari pulau mutiara... tata titi tutu...

Monday 8 October 2012

luahan hati...

ini luahan hati aku hari ini....

aku nak luahkan perasaan sikit....

baru-baru ini aku sedar yang aku banyak cerita tentang seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku dulu... sebenarnya ada la sesuatu yang menjadi pemankin untuk aku tiba-tiba teringatkan balik kenangan ni...

kalau ko kenal aku, mesti ko tau siapa yang aku maksudkan ni... lepas aku kenal abang joe, aku banyak berubah. SERIUS... abang buat aku lupa kenangan pahit... kami bina kenangan manis bersama-sama. mula balik, kosong - kosong.

TAPI sejak tengah tahun ini, aku dah mula terganggu... mula-mula aku ternampak profile picture dia... walawei... horrrrrlamak, agak-agak la kan, nape ko pakai gambar tu... terganggu kejab hidup aku ni... dalam hati ini cepat-cepat ingat "abang joe, abang joe, abang joe".... haaaaaaaaaaaaaa.... jangan salah anggap pulak... aku bukan pi skodeng FB dia, dan aku bukan friend dengan dia pun, tapi aku ni friends dengan adik-adik dia, kakak dia yang dulu aku anggap macam keluarga sendiri.... bila dia komen kat status diorang, kat situ lah aku ternampak profile picture dia.

time tu aku cakap dalam hati "lantak ko la, hak ko!" habis kat sini.

TIBA-TIBA bini dia add aku punya FB woi..... minggu lepas.... awat hampa ni????? aku kool lagi, accept ja.... dah orang add kan... approve jelakan.... kan? kan? kan?

aku dah berubah la wei... betul la dulu aku duk peduli pasal hampa dua orang sebab time tu aku sewel... aku add hampa dua orang (walaupun hampa takpenah approve aku sebagai kawan time tu) aku mengaku time tu aku skodeng tengok FB hampa, sebab time tu aku belum kenal abang joe... aku duk menangis macam gila tengok gambar hampa peluk-peluk sakan (masa hampa belum kawen) boleh duk tayang kat FB... aku tengok, time tu memang aku tengok.... aku mengaku!

TAPI sekarang ini memang NO POINT la kalau aku nak PEDULI pasal hampa dua orang lagi... hampa dah ada life hampa.... aku dah ada abang joe yang aku cintai sepenuh hati, bukan setakat terlanjur sayang okay!!!

ini luahan hati aku la... aku heran dan pelik kenapa hampa ni boleh bagi kesan kat hidup aku... duk mai bagi aku ingat kisah-kisah lama yang sangat bodoh itu... stop it la!!!

aku terasa diri aku sangat jahat apabila menulis entry kali ini. kejujuran yang pahit! realiti!

jujur. ini apa yang aku rasa. terpulang la ko nak kata apa pun.

oh... oleh kerana aku ada rasa terkesan dengan depa dua orang ni melalui FB, jadi aku telah selamat memBLOCK mereka laki bini di FB. LEGA.

luahan hati TAMAT.

Thursday 4 October 2012

Dendam

dah pukul 4pg.. aku belum dapat tido... kat luar hujan lebat... sekarang memang susah tido bila ujan... pelik sungguh... dalam duk termenung tadi, macam-macam benda melayang kat pikiran... tiba-tiba teringat satu dendam.

aku ada satu dendam. aku simpan. bahayakan? aku tak penah rasa berdendam kat orang lain selain seorang ini sahaja...

pernah satu ketika itu, aku rasa macam nak simpan pisau dalam poket... bila terserempak nak tikam dia dan lari laju-laju. angan-angan. semua ini angan-angan. 

aku tak berapa kenal sangat pun dengan orang yang aku dendam ni... tapi aku sangat dendam dengan dia... kami tak pernah kongsi apa-apa pun dalam hidup ini, malah kenangan dengan dia pun sebesar zarah. TAPI dendam tu menjadi sebesar gunung!

sayup-sayup dapat dengar suara ayah mengaji... tersedar!

oh, aku yakin korang semua tak kenal dia. dia bukan dikalangan kita. 

berhenti setakat sini.

Sekadar Gambar Hiasan

Wednesday 3 October 2012

Di selubungi misteri

aku demam. perkara biasa la kan, kat tempat kerja dah rasa sakit tekak dan selsema.... balik umah lepas kerja badan pun bahang dan seram sejuk...

aku tido awal. tak larat sangat-sangat.

malam aku asyik terjaga... sakit-sakit badan... menyucuk-nyucuk.... tido mimpi bukan-bukan pulak tu.

bangun pagi tu sakit sangat-sangat badan, lebih-lebih lagi kat tangan. sekali tengok jari aku dah bengkak la... tapak tangan macam nak meletop... biru-biru naik urat-urat ni.... wah........

tak tahan sakit, dalam pukul tujuh aku pegi klinik. hero hantarkan. doktor check cakap elergik...

balik makan ubat. lepas settle antar email kat bos dan status kerja, terus tertido... bangun still sakit... makan sikit pastu makan ubat pastu tido balik...

sekarang dah susut banyak, dari tak leh genggam, jadi boleh genggam. tapi masih menyucuk-nyucuk. siksa la drive datang kerja...

doktor cakap elergik ubat. misteri sungguh.


Saturday 29 September 2012

Kurus

Baru-baru ni rajin pulak aku update blog ni... banyak yang aku pikir, jadi blog ni jadi macam tempat aku luahkan perasaan dah....huhu aku suka, aku update la. macam la ade orang baca sangat pun blog aku ni... sepertinya aku sorang je yang baca... hehe....

kali ni nak cerita pasal KURUS... oh... aku jarang kurus dalam fasa hidup aku yang dah lebih dari suku abad ni... zaman kecik-kecik tu tak kira la kan...hehe sejak dah baligh atau dewasa ni, berat aku paling rendah pun 60kg, itu pun masa tingkatan 1 kot... abis SPM berat aku dah 94kg... haaaaaaaa.... betul ni... nak cari-cari, korek-korek ada ja gambar tapi kena scan dulu... malas btul..hehe

Nak dijadikan cerita, masa 2003 lepas je SPM aku sambung belajar kat Kolej Yayasan MARA Kuantan (sekarang KPTM)... sedar tak sedar 2006 aku grad diploma berat aku dah 76kg... jadi macam gambar-gambar kenangan kat bawah ni...

Julai 2005: aku berdiri kat belakang, tudung coklat... wah.... leper jer.

Oktober 2005: aku tudung putih, baju dan seluar hitam. (4 dari kanan)... tangan bapak kecik... huhu

haiya... i wanna turn back time lor......... huhu

2008: dah start naik dah berat... skit demi skit... tak sedar!

sekarang tahun 2012, berat aku dah 100kg +++.... nak naik tangga pun start mengah.... nafas jadi macam pendek je, takut ooooooo..... demi kesihatan dan masa depan, aku mesti kurus balik macam dulu.... aku mesti kuat untuk korbankan nafsu makan yang membara.... SEMANGAT.... Chayok!!!!

walaupun Abang Joe selalu ja risau kalau aku tak makan sebab diet, aku tetap nak diet... huhu tapi kali ini diet yang betul la... nanti lepas seminggu aku update lagi... perjalanan hidup aku untuk hidup yang lebih sihat.

Doakan aku berjaya. -amin-

Tuesday 25 September 2012

CinTa Buta ITU bOdOh Bahagian 2

Pengalaman lepas mengajar aku tentang wabak-wabak cinta, bagai penyakit yang menular keseluruh tubuh dan fikiran... pada masa darah muda. Perkongsian ini bukan untuk mengungkit atau lebih-lebih lagi nak salahkan sesiapa... mungkin usia dah meningkat, pandangan sudah berubah...

Ada antara kau yang tau... Ada antara kau yang taktau...

Ok... dah hampir tiga kali aku cari ayat yang sesuai untuk tulis benda ni supaya tak mengguris hati sesiapa.... ini kali ke 4... aku taknak tekan butang "Backspace" lagi.....

Sebenarnya ada eloknya aku lepaskan sahaja kenangan cinta bodoh aku itu pergi... Walaupun hampir 6 tahun aku melaluinya dulu... Lebih elok aku biarkan berlalu dan hanya kami dan kita-kita sahaja yang tau... Tak perlulah nak tulis kat sini kan?? Maksud aku bukan selama ini aku belum lepaskan memori itu, sesungguhnya aku dah lepaskan.... CUMA, bila aku tengok darah-darah muda lain yang hangat bercinta, bagaikan memBUTA TULI, aku takut perkara yang berlaku kat aku dulu akan berulang kembali kat hidup mereka. Lebih-lebih lagi mereka ini adalah orang yang aku sayang...

Perempuan memang lemah, Banyak lelaki yang ambil kesempatan. Cinta sebenarnya sangat subjektif. Kita cuma perlu berpijak pada bumi yang nyata dan sedar yang jodoh itu rahsia Allah S.W.T. Sekuat mana kau usaha, sekuat mana kau setia, sekuat mana pun kau mempertahankannya, walaupun kau menurut semua kemahuannya, berapa banyak pun duit yang kau belanjakan, dan masa yang kau korbankan jika Allah S.W.T tetapkan dia bukan jodoh kau maka satu hari nanti kau tetap akan kehilangannya.

Nasihat aku (insan yang pernah jatuh tersungkur, ditimpa tangga dan bangkit kembali) ialah "Islam adalah agama yang sempurna, garis panduan telah diberikan, ganjarannya manis bagi mereka yang bersabar"

Ada banyak panduan yang boleh kau baca kat dalam internet ini tentang jodoh dan lelaki yang baik untuk dijadikan suami... biarlah tersedar sekarang, walaupun pahit daripada merana di kemudian hari.

Percayalah pada ketetapan-Nya.

Sekian, terima kasih.

TAMAT




********* Abang Joe, i love you so much, dunia dan akhirat. Dengan izin Allah S.W.T

Monday 24 September 2012

Lenyap

Hamparan putih itu kita corakkan bersama,
Dari titik mula hingga hujungnya penuh warna,
Detik berganti minit, hari berganti bulan,
Bertahun-tahun berus itu kita genggam,
Berjalan dan berlari penuh ceria,
Kadang kala jatuh kita bangkit semula,
Kau tersenyum aku gembira.
Itu dahulu.

Kini hamparan warna warni itu kau koyak,
Dari titik mula hingga hujungnya bercarik-carik,
Detik ini, berusnya kau lepaskan,
Bertatih aku mulakan langkah duka,
Sering kali jatuh aku bangun kembali,
Kau tersenyum aku tumpang bahagia,
Tatkala berus baru kau genggam bersamanya.

Hamparan itu ingin aku lenyapkan.
Berus itu ingin aku buang.
Tak ingin aku lihat lagi, walaupun kebanyakkan coraknya telah pudar,
Jejaknya tak mungkin terpadam.

Lenyap... Aku merayu... Sepi.

Hamparan itu dimindaku, Berus itu dihatiku.
Bakal lenyap bersama jasadku.

Karma










Wednesday 19 September 2012

CinTa Buta ITU bOdOh, Bahagian 1

*****Oleh kerana cinta saya pada suami adalah cinta kerana NYA yang SATU <Maha Pencipta>, jadi entry kali ini bukan tentang KAMI***** 


Cinta BUTA itu BODOH... dulu aku penah merasai cinta buta... dan aku tak sedar sehinggalah hari aku kehilangannya... 

"Aku cintakan Kau, Tapi aku dah terlanjur sayang kat Dia" SMS yang aku terima pada hari bersejarah Cinta Buta ITU putus... oh, kaki aku bagai tak bertulang, terduduk... tangan menggeletar sejuk. air mata hadir tanpa diminta, terus dan terusan mengalir... semakin deras, nafas semakin sesak... aku bagai hilang pertimbangan... Malam itu, aku masih ingat dengan jelas permandangannya... kaki aku terjuntai dari tingkap rumah aras 5... aku duduk melayan perasaan, di bawah ada bumbung-bumbung kereta yang statik dipakir yang penuh seperti malam-malam sebelumnya... lebuh raya lengang, dari situ juga aku boleh lihat tol yang sunyi tanpa kereta... perasaannya pada waktu itu seperti tak ingin hidup lagi... seperti mahu terjun... seolah-olah aku hilang segala-galanya... 

"BODOH!!!!!"

Hari ini aku masih hidup, Alhamdulillah aku masih bernyawa.Dapat aku kongsikan kisah "cinta buta itu bodoh" ini...Berlaku hampir 3 tahun lepas.Terima kasih kepada satu panggilan talifon pada malam itu, yang membuatkan aku menarik kembali sepasang kakiku ke dalam rumah...panggilan yang menyedarkan bahawa aku masih seorang anak yang mempunyai keluarga dan hanyalah hamba-NYA di muka bumi ini...

Ya, memang wujud Cinta Buta yang mempunyai jodoh dengan izin-NYA hingga ke jinjang pelamin...
Betul, aku setuju. AWAS... Aku yakin kisah Cinta Buta kalian akan bersambung seumur hidup...
Aku tiada pengalaman dalam hal seperti ini, tapi aku boleh bagi beberapa contoh:

1) Sebelum berkahwin pipi gebu Ayu selalu menjadi sasaran dayus Abu setiap kali bertengkar.
Setelah berbaik semula Abu janji tidak akan ulangi lagi perbuatannya itu.Kerana dasar CINTA Ayu menerima Abu kembali. Selepas berkahwin, Abu tidak pernah berubah, tetapi Ayu tetap setia... 
semua atas dasar Cinta Buta.

2) Aku cinta dia MATI aku cintakan dia... Dia bekas penagih dadah... itu dulu, sekarang dia dah insaf...
aku terima, aku terlalu cintakan dia... kami kahwin, aku percayakan dia, cintakan dia sangat-sangat...
lepas akad nikah, dia ditangkap polis, positif dadah... Aku tetap tunggu dia keluar, dia akan berubah,
aku sangat cintakan dia.... aku yakin... lepas 2 tahun dia bebas, kami dapat anak pertama...
kemudian, dia ditangkap lagi... positif lagi... aku cintakan dia... sebab ini anak kami... aku tetap tunggu dia.
inikah CINTA??? ini Cinta Buta...

3) Kau berpelajaran, gaji banyak dan selalu sibuk kerja. Mamat minta duit, kau bagi... Kau sayang Mamat,
Cinta pertama dan terakhir... hantaran perkahwinan kau yang sediakan, tak kisah lah sebab kau cintakan
Mamat. Lepas kahwin, Mamat tak kerja, kau tanggung semuanya... Eh, tak apa lah kan???
Kau kan cintakan Mamat..Boleh jadi Mamat sekarang tengah guna duit kau tengok wayang dengan
scandal dia... :-) Kalau kantoi pun kau akan maafkan Mamat kan??? kan??? 
Sebab CINTA.... oh, bahagianya. BUTA.


1), 2) dan 3) adalah contoh... mungkin pernah berlaku atau sedang berlaku sekarang ini. Jika kau berada di dalam salah satu atau kesemua perkara di atas, masih belum terlambat...  Aku yakin kau akan bagi seribu satu alasan sekarang untuk menafikannya. Kau memang tak nampak, Cinta tu dah membutakan kau. 
Minta pertolongan dari jabatan agama atau kaunselor... Sebab kalau LELAKI itu cintakan kau, dia takkan buat semua ini kat kau... NAMPAK TAK??? nampak tak maksud aku? 

Jangan TAKUT akan kehilangan cinta buta ini kerana ianya akan membuatkan kau mencari CINTA yang HAKIKI, pergantungan hanya pada-NYA, dan insya'Allah kehilangan tadi akan di isi dengan ketenangan cinta sempurna hanya kerana-NYA.

-Bersambung-



Wednesday 15 August 2012

Saturday 21 July 2012

my redbaby....

recently i've reads a lot about car engine, services and car spare parts. it really make me sick like hell! trying to understand what i've never learned about before is not easy. of course as an electrical engineering student back then, i am forced to take basic mechanical engineering subjects, but still it doesn't help at all...
oh...words like gearbox, drive-shaft, compressor, engine, receiver, n ext. ext. ext... SICK of it... and yet still NEED to read... why am i reading all this?? hurrmmmmm... please refer to the picture below:

My RedBaby..


Okay... My beloved car had an accident last week... lucky i have my beloved honda that i bought 5 years ago... BJ* 1226, honda WAVE... long time doesn't care about her... now need to ride her again... the best memory with her would be the journey from Shah Alam to Kuantan... :)... very sweet memory... now everyday not so sweet riding her from Balik Pulau to Batu Maung... sgt letih... haha don't merajuk ye sayang... i have nothing else but u... 

actually i do have another option... my kancil... but still a lot of things need to take care of before i can drive her. almost 1 year plus in the garage, but the engine is still working! this is the main reason why i've been reading all the stuff about car engine, gearbox, car air-conds and car spare parts. mostly from forum in the web. first i thought of changing the car engine from manual transmissions to auto transmission, then i learned that my engine is still good, just need to change the gearbox to auto. browsing the web for information without getting opinions from someone PRO is not really a good idea, because every times i end up with a headache. :p forget to mention that my dad once a marine engineer, serve in the Royal Malaysian Navy for 20 years plus and attended classes at Giat MARA for  "Penyelenggaraan Enjin Kereta" certificate after his 58 year old retirement  (quite a PRO) but i cannot stand the nagging.. huhu

kancil rindu la redbaby.. :(


Oh today is the first day of Ramadhan... :) Alhamdulillah.... As most of the girl will discuss about kuih raya, baju raya or anything about raya but me.... *sigh* perhaps kuih raya Tart Gearbox will be nice... ;p








Saturday 14 July 2012

Bukan Milik Aku Lagi

dah tertulis, ini semua berlaku atas kehendak-Nya... kalau bukan milik aku, tetap bukan milik aku... yang pergi, tetap akan pergi... kekuatan yang diperlukan juga datang dari-Nya... semua yang kita miliki juga milik-Nya, diri ini juga pinjaman dari-Nya...


selangkah menepi, menjurus ke dalam, tertusuk di kalbu... 


perlahan menitis sisipan rindu, keruh jua tapisnya tiada...


datang tak dicari, hilang tanpa diminta. kabus cinta.


senja berlabuh, berderai malam, mana datang embunnya?




              pernahkah kau dengar nasihat ayah??? rintihan ibu berlagu pilu.... BANGUN!!!
              dari mana asalnya darah kau??? yang mengalir tanpa kau sedari hadirnya...
              tunggu luka baru terbuka mata... MERAH... itu bukan milik kau!
              dan bukan milik aku lagi.




sejenak terpikir, ini balasan dari-Nya, Ujian dari-Nya... aku Redha Ya Allah dgn ketentuan Mu...
Engkau lah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...
              





Sunday 24 June 2012

Hujung Nanti

bulan retak. langit gelap. risau.

mendongak, harapan kian pupus.

lari sekuat mana pun, takkan jauh.

ini mungkin masanya.

dan aku. ternyata belum sedia.

Monday 11 June 2012

11 Jun 2012

Entry Pendek.... hari ini hari jadi saya.... Sekian Terima Kasih!


Saturday 9 June 2012

Gambar Sahabat

assalamulaikum... alhamdullah hari ni aku masih bernafas... :) mengenangkan kisah dlm entry yg lepas, boleh rujuk sini => :( .... sangat bahaya tulis blog masa emo... (pasal cik P yg sebulan sekali datang tu) hehe pantas je taip pastu post... sebenarnya hidup ni bukan la teruk sgt... yang penting bersyukur kepada-Nya... terima Qada dan Qadar... hati akan tenang....

Kali ini nak share gambar kawan-kawan aku pulak.... yang mana yang sempat ok... sebab ada banyak... kalau yang tertinggal tu jangan ambik hati ok!

Saat-saat bahagia....

BFF i ni... luv sgt2 kt diorang!!!
BFF merangkap housemate 3tahun kt S.A. Geng 24!!!
Lelaki dalam gambar ini umpama abang yang menjaga adik2nya...serius!!!
ini pulak kawan-kawan ATC.. unite... 1-World...
time kawen noora... i pengapit dia tau.. :) kwn2 yg rock!
OK.. lelaki ini & perempuan ini...hahahha itu suami my BFF...
kalau jumpa diorang ni mmg tak kering gusi.
kawan-kawan sekerja kt penang... i dgn en. suami pi bday zati...
ape lg nak ckp pasal diorang ni??? mmg BFF aku pun!
miss jackie<baju merah tengah2>..dia banyak jaga aku masa keje...
aku demam pun dia yg bg ubat!!
best friend..best friend...best friend!!!
hari jumaat ja kuar p makan kek... have fun!
ini nama dia mmg banyak dalam blog aku... :)
 One person dat i can share everything!!! 
i love u!! fullstop!
i miss u all soooooooooo much!!!!
kawan-kawan SGGS...
kawan-kawan Uni...
rindu rindu rindu rindu... lama tak jumpa ni!!!
kawan-kawan zaman yang paling best masa belajar kat
Kuantan.

Gambar-gambar express yang di ambik dari FB je sebenarnya... ini gambar sekitar tahun 2009 onwards....semua yang ada kat atas ni adalah kawan yang meninggalkan sejuta memori kekal di hati ku... ada ramai lagi kawan yang mungkin aku tertinggal... maaf sgt2... tapi kalian semua memang sangat aku hargai.... sayang sangat-sangat kat korang semua!!!


Untuk tatapan aku... Sahabat Untuk SelamaNya...










Saturday 2 June 2012

benci sebenci benci nya

baru-baru ni aku jadi makin over sensitif.... skit-skit nangis... skit-skit terus diam... termenung.... diam lagi... kurung diri dalam bilik.... diam dan terus diam.....

aku benci sebenci bencinya diri aku yang macam ni.  aku berlawan dgn perasaan sendiri... ini bukan diri aku... jangan terus hanyut macam ni... tetap seorang diri, sunyi. aku buka mata dan terus tulis entry ini.

dah banyak hari aku mcm ni... aku ambik cuti panjang... lebih panjang dari cuti perkahwinan aku... hasilnya aku tidur, tidur dan tidur....pejam mata bayangkan kebahgiaan dan terus di ulit bayangan... bila sedar, realitinya tak berubah... tetap sama. sendiri.

senang untuk orang berkata-kata... senang untuk meneka dan mungkin mencerca perbuatan aku... selagi mereka mampu, silakan... biar aku sendiri, tak bertanya, tak ingin tahu dan lepaskan semuanya berlegar dalam fikiran aku sendiri.... tanpa mereka tau kisah sebenar.... kisah yang hanya aku simpan.... untuk aku merana selamanya di dalam hatiku.

diri aku sekarang. berita baik boleh buat aku menangis sehingga tak dapat di kawal air mata ni mengalir.... walaupun tak teresak-esak, air mata itu tetap deras.... tiada berita sedih... tapi kenangan itu juga buat aku menangis seteruk-seteruknya.... aku makin tak pandai menipu mereka tentang rasa hati ku... tak dapat sembunyi lagi.... lakonan gembiraku makin tak menjadi.... maafkan aku.

untuk hidup dalam kesedihan dan tetap tersenyum bukan mudah... bila separuh dari diri hilang dan berlagak seperti sempurna juga bukan mudah.... untuk simpan semua kebenaran di dada dan hidup dalam penipuan juga bukan mudah.... hidup ini sendiri pun bukan mudah....

tolong jangan buli aku lagi... mulai hari ini... jangan buli aku lagi.... aku takkan tersenyum lagi walaupun aku bersedih.... aku takkan ketawa lagi walaupun aku sengsara.... dugaan ini untuk diri ku... aku terima... tetapi kau!!!!!!!! tolong jangan buli aku lagi.

sekarang aku percaya yang tahap kesabaran setiap orang ada tahap maksimanya... berhenti setakat ini. cukup sampai sini.

ini pilihan yang aku ambil... aku Redha... aku takkan menyesal, semua ini telah tertulis untuk aku... aku akan lalui... tetap lalui... Insya'Allah... tanpa melupakan-Nya yang SATU...


Monday 21 May 2012

L.A.R.U.T

Mungkin aku pernah juga Merasakan cinta..
Tapi tak pernah Seindah ini..




Mungkin aku juga pernah Merasakan rindu..
Tapi tak pernah Sedalam ini..




Mungkin kamu takkan pernah percaya..
Bahawa sesungguhnya aku telah terjatuh….





Ku akui aku telah larut...
Larut Kedalam.. Kamu Yang Kucintai...

Abang Joe


Thursday 17 May 2012

Ku Tunggu IMAMKU Pulang

Hari - hari melangkah dalam keramaian,
   Di sudut hati tetap sepi,
Bersama keriuhan ketawa gembira,
   Di sebaliknya tangisan berkaca,

Pejamkan mata ku rasakan kehadiran mu,
   DAMAI. Inginku sentuh, hanyalah bayangan...

Kembalilah mengisi kekosongan yang kau tinggalkan,
Kesatlah air mata ini dengan sentuhan insaf mu,
Biarkanlah kenangan itu berkubur bersama sejarah hitam,
Pimpinlah tanganku, mulakan cerita baru, menuju Redha-Nya.

   MENUNGGU IMAMKU PULANG,
   MENUNGGU KAMU PULANG,

Bawalah bersama cahaya,
   Sehingga dapat ku sentuh DAMAI itu ADA.

Suami Isteri


-Nukilan Hati Suci-
17 Mei 2012
13:56; Pulau Pinang.

Saturday 3 March 2012

~~Team Building KAMI~~

Seingat aku, ini lah kali pertama aku pi team building... Hari ni 1 Mac 2012, dah hampir setahun 2 bulan aku kembali bekerja di Penang, di negeri aku dibesarkan. Aku ingat lagi, aku interview di Usains pd hari Jumaat, 10 Dec 2010. Adik aku Yaya yg temankan aku utk tunjukkan jalan, sbb aku sungguh-sungguh fail jalan kt Penang ni. Rezeki aku utk balik bekerja di Penang, berkat doa ayah dan arwah mak berada di wad masa tu, 14 Dec 2011 aku pun dapat offer letter dr Usains. 15 Dec 2010, aku mmg dah tak pikir panjang dan terus hantar notis sebulan utk berhenti kerja. 15 Januari 2011 hari terakhir aku bekerja di Bandar Utama, 17 Januari 2011 aku lapor diri di Usains.... :)

25 Feb 2012, kami warga2 Usains pun ber-Team Building, di Pulau Jerjak, Pulau Pinang. Jujur aku sgt excited nk pergi, sbb aku nak kenal dgn pekerja-pekerja Usains yg lain... Selama setahun ni, aku hanya kenal kawan2 aku ja... hahaha...

Kami berkumpul pukul 11pg di Jeti Pulau Jerjak. Ini lah gambar kami sementara menunggu kawan2 yg lain sampai.


Awek-awek Usains... Mmg tak ramai... Kami minoriti dalam bidang ni.

Awal lg ni...Ramai lg hero-hero yg blm sampai.


Pastu pukul 11.30pg bot pun jalan menuju ke Pulau Jerjak... tak lama pun, 15min je dah sampai... :)

Antara wajah-wajah warga Usains atas bot


Amboi Semua sengeh ni... semangat  Bee Ling (topi merah tuu)...

Gambar dari depan...


Sampai je ke Pulau Jerjak kami makan tgh ari dulu di Santapan... Hidangan di Pulau Jerjak Resort and Spa ni   
boleh tahan la... Makan sampai kenyang dulu sebelum start....










Lepas makan, kami pun pergi ke garden untuk aktiviti pertama iaitu ice breaking.... time ni la masa kenal kawan-kawan baru... jujur ramai yg aku baru kenal arini.... :)

Dalam bulatan utk Ice Breaking... :)

ini lah manager engineering, Mr. TPSu.....

Berpasangan utk perkenalankan diri kt semua....


Entah ape la yg aku gelak sangat tu....


Haaa... yg baju biru tu la BOS kami... Mr. Teoh...


Kami semua!!!!


Dah siap ice breaking, rehat sekejab utk solat dan sambung team building.... agak mencabar aktiviti ari tu.... macam kene panjat tali-tali.... Fasilitator or Instructor utk aktiviti kami bernama Sadiq, iaitu adik bongsu aku yg memang bekerja kt Jerjak.... 

Sadiq bagi penerangan tentang aktiviti kami

Sadiq atas tali, kami semua kusyuk ja dengar

Masing-masing rancang strategi...
Pertandingan Bermula.... 5 Kumpulan Berentap...















Banyak sgt gambar, pilih-pilih yg comel-comel je... :) Jom tgk telematch kt pantai pulak....


















Itula aktiviti kami... yang penting sekali sekala dapat kenal-kenal dgn lebih rapat.... ramai gak yg tak dapat datang team building ni kerana keluarga dan sebagainya, termasuk lah sahabat baik aku adda...hehe adda sila jgn jeles... :) last sekali ni aku nk share satu picture kami dari Usains masa bos blanja dinner kt G Hotel selepas tahun baru cina 2011.... time ni aku baru je sebulan kerja... :)

TQ bos belanja makan... lain kali belanja lagi... :)



Ini dia link ke website company aku... kot-kot la ada yg berminat nk join kami :  http://www.usainsgroup.com/ (Usains Group)
http://www.coe-ee.com/  (Usains Infotech)

Thanks for everything.... BYE!!!