Saturday 18 June 2011

Pengenalan Hitam dan Putih



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang... 

Berdebarnya hati nak karang utk post pertama ni. Akhirnya berjaya jugak curik2 masa utk wat blog... Dah lama idamkan blog sendiri.. Kuatkan mental dan terlahirlah blog pertama aku. Aku perkenalkan Hitam dan Putih, realiti kehidupan aku, kau, kita dan mereka. 

Kenapa pilih Hitam dan Putih sebagai nama blog ni??? Sejarahnya nama blog ni terlahir secara spontan. Hitam dah sebati dalam hidup aku sejak lahir... arwah mak pernah bgtau, aku anak mak yg paling hitam sejak lahir. Putih pun dah sebati dgn hidup aku....putih sebersih nama aku... arwah mak namakan aku Suci.

Siapa aku, kau, kita dan mereka??? Aku Suci atau nama pena aku Miss Bunga. Kau adalah orang yang sedang membaca blog aku sekarang ni... Kita sudah semestinya mahkluk yang tinggal di alam ciptaan tuhan ni... Mereka??? Sesiapa sahaja yang bakal dijadikan topik dlm blog hitam dan putih... Mereka yg terpilih tersangatlah betuah.... :-)...

Semoga blog ini terus hidup dan menemani aku melayari kehidupan seharian... Nantikan Post kedua dari Miss Bunga...

Salam Sayang... Jumpa lagi...