Thursday 15 May 2014

DON'T PRESS BACKSPACE

okay aku janji yang dalam post ni aku takkan press backpas backp backspace. ok. mmg mengarut kalau korg nk baca jugak. sebab aku nak merapu ja dalam ni sbb aku boring.

biasa kita typo kan? kita tak sedar..tapi kalau kita sedar kita boleh slalu guna bc backspace utk betulkan balik kesalahan kita. tapi hidup ni..realitu realitinya tiada backspace..haaaa mcm mana? takut tak? kalau sialp silap semua org yg lihat boleh nampak. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, kikikiki itu ibarat nya lah...

aku penah gak r terpa terbaca yang kata kata kat fb ni.. ayatnya lebih kurang macam nu ni. ter salah tao taip lagi... ayat nya mcm ni=> Alamak..aku lupa dah.

walaupun hidup kita tak ada backspace tapi kita tetap boleh betulkan keadaan contohnya mcm kat atas ni yg aku akan highlight warna merah nanti adalah yg aku tersilap..selepas tu aku aku akan taip sekali lagi utk pembetulannya... tapi kalau nk apply dalam kehidupan harian kita ni.mmg boleh v cuma, tertinggal jgk bekas tu...mcm u luka, akan tinggalkan parut. walaupun kita boleh betulkan keadaan, org takk akan or susah utk lenyapkan terus dari memori masing masing..pasti akakn akan wujud jugak kenangan tu.

ingat.. kesalahan pada Maha Pencipta masih boleh bertaubat.. InsyaAllah selagi nyawa bem belum di kerongkong dan matahari terbit s de di sebelah barat. tapi kesalahan kepada manusia kita harus meminta maaf. lebih2 lagi inb ibu bapa kita.

ok. panjang sangat dah ni. lain kali aku datang lagi.. taip lagi ... tapi kena guna backspace lah.. baru best. kikikiki

sayonara.. koniciwa... arigato!

14 Mei 2014: 365 hari darab 3!

14 Mei 2014, hari rabu adalah ulangtahun ke 3 perkahwinan aku dan suami. Alhamdulillah..

baru 3 tahun tapi rasa macam dah 30tahun.. haha.. tapi kadang-kadang rasa macam bujang dan bercinta lagi pun ada juga.

14 Mei 2011
i love you.

Monday 31 March 2014

Mengandung???? Lagi????

Assalamualaikum... saspen tak tajuk??? mesti jantung berdegup laju kan baca... haha... saja ja nak kasi saspen skit. aku? belum mengandung lagi. yang lepas doktor nasihat 3-6 bulan berehat sekejab.

Apa yang aku nak cerita hari ini pasal diri aku. Ini kisah benar. Tak ada kaitan dengan orang lain ya. Warning awal-awal sebab kita ni sensitif... sama macam aku, cepat terasa hati.

Pengalaman aku mengandung. Nak rumuskan dalam satu perkataan memang susah. Sampai sekarang belum jumpa satu perkataan yang sesuai. Perasaan yang banyak berbaur menjadi satu.

Seawal 4 minggu aku dah check sendiri di rumah. Puncanya pertama aku jadi sangat cepat letih, sakit buah dada, kaki lenguh tak tentu pasal, pinggang sakitnya dan loya menjelma. Asalnya aku buat malam hari sebab tak sabar nak tunggu pagi. hahaha belum pun satu minit aku tengok keputusan UPT satu garisan. Aku terus letak di tepi singki dalam bilik air dan keluar sambil menitis air mata. Baring kaku atas katil sambil teresak-esak nangis. Abang datang tegur aku tutup muka dengan bantal. Abang masuk ke bilik air dan keluar sambil berkata, "kenapa sayang menangis, ini dua line..."
Aku terus bangun dan tengok UPT tadi. Aku gosok mata aku banyak kali. Betul dua line. Alhamdulillah... Tapi aku tetap sambung menangis. Kali ni menangis kegembiraan.

Seperti yang aku cerita sebelum ni, aku buat UPT hari hari sampai garisan "test" tu menjadi terang. Dan aku berjumpa doktor di hospital swasta. Doktor nasihat tunggu seminggu lagi dan buat sekali lagi UPT. Pada waktu ni aku agak sedih kerana doktor memberikan keputusan aku tidak mengandung. Jadi pada keesokkan harinya aku ke klinik swasta berdekatan rumah untuk medical checkup yang sememangnya dirancang dari awal untuk permohonan medikal kad insuren. Ya! Doktor ini telah mengesahkan bahawa aku mengandung. Gambar laporannya ada dibawah. Membuatkan aku senyum sepanjang hari.

Laporan Kesihatan aku
 

Minggu hadapannya aku ke klinik kesihatan ibu dan anak. Seperti biasa prosesnya. Aku hanya bawak buku rekod kesihatan ibu yang pertama. Jururawat ambil tekanan darah aku. Tekanan darah aku tinggi. Aku di minta rehat 15minit dan sekali lagi tekanan darah aku di ambil. Kali ni masih tinggi. 150/100. Ye, selepas memberikan urine kepada jururawat, aku terus di minta berjumpa dengan doktor. Aku masih ingat, doktor Lina. Doktor Lina yang merawat aku untuk tahun lepas dan kali ini aku bertemu dia sekali lagi. Setelah mengisi buku aku dan perbincangan dibuat (rata-rata aku di-leter-nya kerana ponteng rawatan darah tinggi) aku terus di beri surat untuk ke Hospital Besar Pulau Pinang dan ditahan wad. 

Di hospital aku di hantar ke kecemasan untuk pemeriksaan. Kebetulan doktor yang merawat adalah kawan sekolah menengah aku, Dr. Dhaniah. Beliau bersama rakan-rakannya pada mulanya melakukan ultra-sound dan setelah itu aku diminta untuk memberikan sedikit urine. Hampir beberapa jam aku di kecemasan, hanya di ambil tekanan darah. Akhirnya aku diminta pulang bersama surat untuk datang semula pada keesokkan harinya. Alasan doktor wad penuh. Aku terima. tekanan darah aku ketika pulang adalah 140/90.

Rekod Kesihatan Ibu aku.
 
Pengalaman aku mungkin sangat berbeza dengan semua. Aku obesiti dan darah tinggi. Aku perlu ke klinik kesihatan setiap hari untuk ambil tekanan darah dan periksa urine. Setiap hari. Pada usia kandungan aku 5 minggu, aku telah di minta untuk minum air gula. Keputusannya pula agak tinggi di mana doktor meminta aku untuk membuat BSP (blood sugar profile). Aku yakin kawan-kawan yang mempunyai anak tidak pernah melakukan BSP. aku "sangat" istimewa.. BSP adalah pemeriksaan paras gula dalam darah yang dilakuan 3 kali sehari. Puasa dari malam dan ambil bacaan sebelum sarapan, dan kemudian 2jam selepas makan tengah hari dan seterusnya 2jam selepas makan malam. Aku juga di minta untuk berjumpa dengan Pegawai Sains Pemakanan untuk ceramah makan secara sihat. Aku redha. Aku ikut setiap arahan doktor. Kali ini aku mahukan yang terbaik untuk kandungan aku.

Aku bekerja. Setiap hari aku ke KKIA seawal pukul 7.15-7.30 pagi untuk ambil tekanan darah dan membuang air kecil di dalam cawan. Rutin harian in akan selesai lebih kurang pukul 8-8.15 pagi. Kemudian aku akan ke tempat kerja seperti biasa. Jika hari yang memerlukan aku membuat BSP pula, pada pukul 2 petang aku harus keluar ke KKIA dan kembali semula ke tempat kerja. Kemudian pulang dari kerja harus sekali lagi mengambil darah di hospital untuk bacaan yang ke 3. 

Aku ke KKIA untuk berjumpa doktor seminggu sekali atau dua minggu sekali mengikut arahan doktor. Semua pun untuk kebaikkan aku sendiri. Walaupun sangat letih tapi aku bersyukur.
 

Terbalik pula. Ini ultra-sound aku pada minggu ke 8.
 
-bakal bersambung-

Thursday 13 February 2014

Balasan Tuhan

Amboi tajuk... Bukan main lagi serius...

Perkara yang sering aku fikirkan. Balasan Tuhan. Setiap kesulitan yang aku alami akan membuatkan aku terfikir tentang apa kesalahan yang aku buat sebelumnya... Sampai saat aku taip entry ini pun, aku masih berfikir.

Terbukti berkali kali. Lebih-lebih lagi ianya berkait dengan kesalahan rohani. Antara aku dengan Maha Pencipta, Abang Joe dan Ayah. Balasan yang dibayar balik tanpa berlengah.

Suatu pagi aku terjaga bunyi pengera pada pukul 6 pagi dan dalam keadaan mamai aku ingin lelapkan mata semula. Sementara itu sayup sayup kedengaran berkumandang azan menandakan telah masuk waktu subuh. Aku? Aku tidak terus bangun malah tertidur kembali. Nahhhhh... aku terjaga semula matahari telah meninggi. 8 pagi. Pada pagi yang sama di bawah matahari terik pagi... Kereta aku yang selama ini tidak pernah membawa masalah tiba-tiba meragam. Sudah lambat hendak ke tempat kerja semakin lambat jadinya... Berpeluh-peluh menunggu bantuan. Balasan.

Pagi ini. terjadi lagi perkara yang sama di hening pagi. Kali ini aku berjaya memandu hingga ke tempat kerja tanpa masalah. Termengah mengah duduk di cubical. Untuk memulakan kerja aku taip password untuk unlock machine aku. pop-up window unlock fail. aku taip lagi... pop-up lagi unlock fail. aku berhenti dan fikir dalam dalam password yang aku gunakan setiap hari tidak pernah tukar setelah sekian lama. aku taip lagi sekali dengan YAKIN. tetap unlock fail. aku tak ingat password aku. yang selama ini aku taip dgn laju tanpa perlu berfikir. AKU LUPA.Kesudahannya machine dan account aku di LOCK terus. Panjang lah procedure-nya. Terpaksa melibatkan IT dan bla..bla...bla... Aku terpaksa berjalan jauh ke building 1 kononnya "for security". Sebaliknya dari itu baru aku teringat inilah balasan-Nya.

Ya Allah Ya Tuhan ku... Aku hamba-Mu yang sering lalai. Berikan lah aku petunjuk.

Banyak perkara yang berlaku dari yang remeh kepada yang serius. Jom Audit diri sendiri. Belajar dari kesilapan. Dan ingatlah yang Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya.
-Amin-


Wednesday 12 February 2014

Mimpi Seperti Nyata

Aku mimpi aku mengandung lagi. Aku mimpi aku bawak buku pink (kesihatan ibu) pergi jumpa doktor yang aku hampir serik untuk berjumpa dengan dia lagi. Ya.. wajah doktor itu memang jelas. Dalam bilik dia aku duduk berhadapan dengan dia seperti biasa. Aku sudah tak jelas tentang perbualan kami TAPI yang nyatanya aku ingat dia koyak buku pink aku.


Mimpi yang seakan akan nyata. Sekarang aku sedar ianya hanya mimpi.

Wednesday 5 February 2014

Peluang KeDua

Assalamualaikum Sahabat Semua...

Lama dah aku tak update blog ni. Banyak perkara yang berlaku dan masa terlalu singkat.

Perkara terbaru aku keguguran lagi. 22 january 2014 aku tumpah darah di rumah. Belum rezeki aku. InsyaAllah ada yang terbaik bakal menyusul. Aku percaya ini semua Qada&Qadar.

Sedih? Mestilah sedih. Aku dan abang joe masing-masing pun sedih. Keluarga dan sahabat handai pun berkongsi kesedihan. Emosi lepas keguguran tu susah nak gambarkan. Tapi aku redha, aku dah jaga diri dan kandungan aku sehabis baik. Tidak ada sedikit pun rasa kesal singgah di dalam diri.

Jauh dalam hati ini tersembunyi satu rasa. Pengalaman yang menjadi titik mula untuk berubah. Betapa beruntungnya aku di beri dugaan sebegini supaya aku tidak alpa. Peluang kedua dari yang Maha Esa.
Rasanya seperti mati dan dihidupkan semula.

Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah.
Berikan Petunjuk kepada hamba-Mu ke jalan yang di redhai.
-Amin-