Wednesday 30 January 2013

Rumah Baru

Assalamualaikum...
Lama juga aku tak update blog ni. Yela, cuti ganti Thaipusm hari isnin tu aku balik kampung suami... 3 hari kat kampung, tapi hari sabtu kami pi Shah Alam, rumah Wany... Tujuannya nak tengok baby Arissa yang lahir pada 11 Jan 13...
Comel sangat!!!
Ok. Tajuknya rumah baru sebab aku dah jumpa rumah sewa yang ambil masa 5-10minit perjalanan ke tempat kerja. Dah bayar deposit sebulan untuk booking dan tinggal nak sain agreement je Jumaat ni. Pastu boleh terus ambil kunci... Excited sangat! Harap semuanya berjalan dengan lancar.
Nanti aku update lg pasal rumah baru ini k... kalau extra rajin aku upload gambar sekali.. :)
Ni ha gambar kami semua pi tengok baby Arissa kat Shah Alam:

Wany dan Arissa.. Aunty Mas, Mawar, Jamie dan Aida.. Baby Reykal pun ada.. Comel!! 



~bye~

Friday 18 January 2013

Berangan

Salam untuk semua...

hari ni aku macam melayang-layang. berangan je kerjanya...
sekarang aku kat tempat kerja.. ada kerja tapi buat 5 minit dah siap.. kerja tu dah dua minggu aku buat, due date arini... pastu aku mula la berangan..

mula-mula sekali pagi tadi aku berangan nak bagi nama apa untuk anak aku... tiba-tiba boleh berangan macam tu... pastu tau tak? kuar la nama Iman Amani dan Ameen Sufyan. :)

sempat tulis nama tu dalam buku note kerja


dalam pukul 10pagi macam tu aku pun berangan lagi nak sewa condo.. aku pun tengok la kat laman sesawang.. rumah cantik-cantik.. wah... nak nak rumah tu 15minit je ke tempat kerja.. ***berangan jela kan*** konon nak letak sofa warna hitam.. perabut warna putih... balkoni mengadap laut... fuhhhhh ***paham kan?aku berangan je ni***

lunch aku tak makan sebab nak tido.. aku pun pi la surau dalam pukul 11.30pagi.. memang sini lunch awal. pastu sambil nak tertelap aku buka la movie Seefood... Pastu berangan lagi... Issshhh kalau la Samsung Galaxy Note II ni mesti best... besar sikit skrin... berangan la pegang Note II tu penuh satu tangan... kui kui kui.. ***Apa apa tah***

minggu ni lah minggu yang paling mencabar ketahanan mental aku setelah sekian lama... kebetulan kerja aku siap awal pagi tadi... bos pun macam paham-paham tak bagi aku assignment baru lagi... jadi aku isi masa lapang dengan berangan~~~

minggu ini aku banyak kerja. ada 7 block yang aku buat nak review minggu ni. pastu 5.15ptg - 9.15mlm aku ada trainning lak kat USAINS.

Nak dijadikan kisah suami tercinta masuk kerja pukul 6pagi. Dia kerja kat dapur macam tu la. Kami kerja tempat/bangunan yang sama jadi pergi dan balik sama-sama. Lagipun memang ada satu kenderaan je sebab kereta aku belum siap betul lagi kat bengkel. Perjalanan ke tempat kerja 45minit ke 1jam. Pukul 5.15pagi aku dan suami dah kuar rumah. Bangun pukul 4 lebih. Panjang cerita~~~ Cerita pendek tu kiranya aku kuar umah 5.15pagi, sampai umah balik dalam kul 10 malam.
Letih? tak payah nak cerita la kan. Tido pun lebih kurang 5jam sehari.

Dalam letih sakit-sakit badan, tak cukup tido hari-hari dan sakit kepala tu...aku syukur sangat-sangat yang aku dan suami dapat bersama-sama. tak payah jauh-jauh lagi macam dulu. :) lagi pulak suami dapat kerja setampat dengan aku. Sorang sikit kami bertolak ansur. Aku datang awal, dia pulak sepatutnya balik kul 5ptg kena balik lewat sebab aku ada trainning. :)

P/S: Part ini bukan berangan.. aku memang tengah cari rumah yang dekat dengan tempat kerja. Memang berat hati nak tinggalkan rumah ayah sebab risau sangat ayah dengan Sadiq je kat rumah tu... Tapi........ Aku yakin Allah Maha Mengetahui isi hatiku... Hanya pada Dia aku berserah. Semoga ada jalan yang baik untuk kami...

P/S II: Rumah yang aku cari tu adalah rumah flat je...bukan la condo macam yang aku duk berangan pagi tadi tu. :) *InsyaAllah aku masih dapat bezakan Berangan dan Impian* dan *aku masih berpijak pada bumi nyata*

Bagi aku berangan umpama hiburan hati.
Pelik tapi benar. Ini Realiti kehidupan.
Impian aku 100% berbeza dari apa yang aku angan-angankan.