Saturday 29 September 2012

Kurus

Baru-baru ni rajin pulak aku update blog ni... banyak yang aku pikir, jadi blog ni jadi macam tempat aku luahkan perasaan dah....huhu aku suka, aku update la. macam la ade orang baca sangat pun blog aku ni... sepertinya aku sorang je yang baca... hehe....

kali ni nak cerita pasal KURUS... oh... aku jarang kurus dalam fasa hidup aku yang dah lebih dari suku abad ni... zaman kecik-kecik tu tak kira la kan...hehe sejak dah baligh atau dewasa ni, berat aku paling rendah pun 60kg, itu pun masa tingkatan 1 kot... abis SPM berat aku dah 94kg... haaaaaaaa.... betul ni... nak cari-cari, korek-korek ada ja gambar tapi kena scan dulu... malas btul..hehe

Nak dijadikan cerita, masa 2003 lepas je SPM aku sambung belajar kat Kolej Yayasan MARA Kuantan (sekarang KPTM)... sedar tak sedar 2006 aku grad diploma berat aku dah 76kg... jadi macam gambar-gambar kenangan kat bawah ni...

Julai 2005: aku berdiri kat belakang, tudung coklat... wah.... leper jer.

Oktober 2005: aku tudung putih, baju dan seluar hitam. (4 dari kanan)... tangan bapak kecik... huhu

haiya... i wanna turn back time lor......... huhu

2008: dah start naik dah berat... skit demi skit... tak sedar!

sekarang tahun 2012, berat aku dah 100kg +++.... nak naik tangga pun start mengah.... nafas jadi macam pendek je, takut ooooooo..... demi kesihatan dan masa depan, aku mesti kurus balik macam dulu.... aku mesti kuat untuk korbankan nafsu makan yang membara.... SEMANGAT.... Chayok!!!!

walaupun Abang Joe selalu ja risau kalau aku tak makan sebab diet, aku tetap nak diet... huhu tapi kali ini diet yang betul la... nanti lepas seminggu aku update lagi... perjalanan hidup aku untuk hidup yang lebih sihat.

Doakan aku berjaya. -amin-

Tuesday 25 September 2012

CinTa Buta ITU bOdOh Bahagian 2

Pengalaman lepas mengajar aku tentang wabak-wabak cinta, bagai penyakit yang menular keseluruh tubuh dan fikiran... pada masa darah muda. Perkongsian ini bukan untuk mengungkit atau lebih-lebih lagi nak salahkan sesiapa... mungkin usia dah meningkat, pandangan sudah berubah...

Ada antara kau yang tau... Ada antara kau yang taktau...

Ok... dah hampir tiga kali aku cari ayat yang sesuai untuk tulis benda ni supaya tak mengguris hati sesiapa.... ini kali ke 4... aku taknak tekan butang "Backspace" lagi.....

Sebenarnya ada eloknya aku lepaskan sahaja kenangan cinta bodoh aku itu pergi... Walaupun hampir 6 tahun aku melaluinya dulu... Lebih elok aku biarkan berlalu dan hanya kami dan kita-kita sahaja yang tau... Tak perlulah nak tulis kat sini kan?? Maksud aku bukan selama ini aku belum lepaskan memori itu, sesungguhnya aku dah lepaskan.... CUMA, bila aku tengok darah-darah muda lain yang hangat bercinta, bagaikan memBUTA TULI, aku takut perkara yang berlaku kat aku dulu akan berulang kembali kat hidup mereka. Lebih-lebih lagi mereka ini adalah orang yang aku sayang...

Perempuan memang lemah, Banyak lelaki yang ambil kesempatan. Cinta sebenarnya sangat subjektif. Kita cuma perlu berpijak pada bumi yang nyata dan sedar yang jodoh itu rahsia Allah S.W.T. Sekuat mana kau usaha, sekuat mana kau setia, sekuat mana pun kau mempertahankannya, walaupun kau menurut semua kemahuannya, berapa banyak pun duit yang kau belanjakan, dan masa yang kau korbankan jika Allah S.W.T tetapkan dia bukan jodoh kau maka satu hari nanti kau tetap akan kehilangannya.

Nasihat aku (insan yang pernah jatuh tersungkur, ditimpa tangga dan bangkit kembali) ialah "Islam adalah agama yang sempurna, garis panduan telah diberikan, ganjarannya manis bagi mereka yang bersabar"

Ada banyak panduan yang boleh kau baca kat dalam internet ini tentang jodoh dan lelaki yang baik untuk dijadikan suami... biarlah tersedar sekarang, walaupun pahit daripada merana di kemudian hari.

Percayalah pada ketetapan-Nya.

Sekian, terima kasih.

TAMAT




********* Abang Joe, i love you so much, dunia dan akhirat. Dengan izin Allah S.W.T

Monday 24 September 2012

Lenyap

Hamparan putih itu kita corakkan bersama,
Dari titik mula hingga hujungnya penuh warna,
Detik berganti minit, hari berganti bulan,
Bertahun-tahun berus itu kita genggam,
Berjalan dan berlari penuh ceria,
Kadang kala jatuh kita bangkit semula,
Kau tersenyum aku gembira.
Itu dahulu.

Kini hamparan warna warni itu kau koyak,
Dari titik mula hingga hujungnya bercarik-carik,
Detik ini, berusnya kau lepaskan,
Bertatih aku mulakan langkah duka,
Sering kali jatuh aku bangun kembali,
Kau tersenyum aku tumpang bahagia,
Tatkala berus baru kau genggam bersamanya.

Hamparan itu ingin aku lenyapkan.
Berus itu ingin aku buang.
Tak ingin aku lihat lagi, walaupun kebanyakkan coraknya telah pudar,
Jejaknya tak mungkin terpadam.

Lenyap... Aku merayu... Sepi.

Hamparan itu dimindaku, Berus itu dihatiku.
Bakal lenyap bersama jasadku.

Karma










Wednesday 19 September 2012

CinTa Buta ITU bOdOh, Bahagian 1

*****Oleh kerana cinta saya pada suami adalah cinta kerana NYA yang SATU <Maha Pencipta>, jadi entry kali ini bukan tentang KAMI***** 


Cinta BUTA itu BODOH... dulu aku penah merasai cinta buta... dan aku tak sedar sehinggalah hari aku kehilangannya... 

"Aku cintakan Kau, Tapi aku dah terlanjur sayang kat Dia" SMS yang aku terima pada hari bersejarah Cinta Buta ITU putus... oh, kaki aku bagai tak bertulang, terduduk... tangan menggeletar sejuk. air mata hadir tanpa diminta, terus dan terusan mengalir... semakin deras, nafas semakin sesak... aku bagai hilang pertimbangan... Malam itu, aku masih ingat dengan jelas permandangannya... kaki aku terjuntai dari tingkap rumah aras 5... aku duduk melayan perasaan, di bawah ada bumbung-bumbung kereta yang statik dipakir yang penuh seperti malam-malam sebelumnya... lebuh raya lengang, dari situ juga aku boleh lihat tol yang sunyi tanpa kereta... perasaannya pada waktu itu seperti tak ingin hidup lagi... seperti mahu terjun... seolah-olah aku hilang segala-galanya... 

"BODOH!!!!!"

Hari ini aku masih hidup, Alhamdulillah aku masih bernyawa.Dapat aku kongsikan kisah "cinta buta itu bodoh" ini...Berlaku hampir 3 tahun lepas.Terima kasih kepada satu panggilan talifon pada malam itu, yang membuatkan aku menarik kembali sepasang kakiku ke dalam rumah...panggilan yang menyedarkan bahawa aku masih seorang anak yang mempunyai keluarga dan hanyalah hamba-NYA di muka bumi ini...

Ya, memang wujud Cinta Buta yang mempunyai jodoh dengan izin-NYA hingga ke jinjang pelamin...
Betul, aku setuju. AWAS... Aku yakin kisah Cinta Buta kalian akan bersambung seumur hidup...
Aku tiada pengalaman dalam hal seperti ini, tapi aku boleh bagi beberapa contoh:

1) Sebelum berkahwin pipi gebu Ayu selalu menjadi sasaran dayus Abu setiap kali bertengkar.
Setelah berbaik semula Abu janji tidak akan ulangi lagi perbuatannya itu.Kerana dasar CINTA Ayu menerima Abu kembali. Selepas berkahwin, Abu tidak pernah berubah, tetapi Ayu tetap setia... 
semua atas dasar Cinta Buta.

2) Aku cinta dia MATI aku cintakan dia... Dia bekas penagih dadah... itu dulu, sekarang dia dah insaf...
aku terima, aku terlalu cintakan dia... kami kahwin, aku percayakan dia, cintakan dia sangat-sangat...
lepas akad nikah, dia ditangkap polis, positif dadah... Aku tetap tunggu dia keluar, dia akan berubah,
aku sangat cintakan dia.... aku yakin... lepas 2 tahun dia bebas, kami dapat anak pertama...
kemudian, dia ditangkap lagi... positif lagi... aku cintakan dia... sebab ini anak kami... aku tetap tunggu dia.
inikah CINTA??? ini Cinta Buta...

3) Kau berpelajaran, gaji banyak dan selalu sibuk kerja. Mamat minta duit, kau bagi... Kau sayang Mamat,
Cinta pertama dan terakhir... hantaran perkahwinan kau yang sediakan, tak kisah lah sebab kau cintakan
Mamat. Lepas kahwin, Mamat tak kerja, kau tanggung semuanya... Eh, tak apa lah kan???
Kau kan cintakan Mamat..Boleh jadi Mamat sekarang tengah guna duit kau tengok wayang dengan
scandal dia... :-) Kalau kantoi pun kau akan maafkan Mamat kan??? kan??? 
Sebab CINTA.... oh, bahagianya. BUTA.


1), 2) dan 3) adalah contoh... mungkin pernah berlaku atau sedang berlaku sekarang ini. Jika kau berada di dalam salah satu atau kesemua perkara di atas, masih belum terlambat...  Aku yakin kau akan bagi seribu satu alasan sekarang untuk menafikannya. Kau memang tak nampak, Cinta tu dah membutakan kau. 
Minta pertolongan dari jabatan agama atau kaunselor... Sebab kalau LELAKI itu cintakan kau, dia takkan buat semua ini kat kau... NAMPAK TAK??? nampak tak maksud aku? 

Jangan TAKUT akan kehilangan cinta buta ini kerana ianya akan membuatkan kau mencari CINTA yang HAKIKI, pergantungan hanya pada-NYA, dan insya'Allah kehilangan tadi akan di isi dengan ketenangan cinta sempurna hanya kerana-NYA.

-Bersambung-