Monday 31 December 2012

2012 untuk Suci

Tahun 2012 berakhir semalam.. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja...

Antara kenangan terindah 2012 ialah
1. ujian UPT (urine pregnency test) aku positif pada 15 November 2012.
2. Honeymoon dengan suami tercinta ke lokasi rahsia... Sangat peribadi untuk dikongsi... Oktober 2012.
3. Kenaikan gaji tahun 2012 yang melebihi 10% dari gaji basic... Alhamdulillah.
4. Tahun 2012 menyaksikan tahun paling banyak kali aku ke Padang Besar, Perlis... 7 atau 8 kali.. Hampir setiap bulan.

2012 juga membawa duka... Oh... Kita carry forward kenangan manis sahaja... Kenangan pahit biarlah tidak ditulis supaya dapat dilupakan!!!

Selamat Tahun Baru 2013...

Azam tahun ini ada! Dah tulis dalam dairi... Tapi 2012 percaya atau tidak, aku tak ada azam langsung!

Syukur Ya Allah.

Saturday 22 December 2012

Kisah warga asing di hospital

Pertama sekali aku nak ungkapkan betapa bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia.

Ok. Ini bukan kisah aku tapi kisah dua warga Indonesia yang keguguran. Hasny Meliawati dan Erina. Hasny peramah dan nampak mesra. Senyuman sentiasa terukir dibibir gadis yang berusia 24 tahun ini. Dia seorang operator di salah satu kilang yang terkenal di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dari ceritanya dia sudah 2 tahun setengah kerja di Malaysia.

Aku pelik Hasny hanya berpakaian biasa dan duduk dikerusi tepi katilnya. Berita cepat betul tersebar. Dari Aunty Cecilia sebelah aku dapat tau rupanya Hasny sudah boleh keluar semalam. Dia masuk ke Hospital pada 18 Desember 2012 kerana keguguran di kala bayi di dalam perutnya berusia 4 bulan. Punca? Aku sendiri tidak berani untuk tanyakan soalan sensitif itu. Lebih lebih lagi apabila dia sering kali memberitahu yang pipi anaknya setelah dilahirkan bulat seperti pipinya sambil memicit micit pipinya sendiri. Anak itu sudah cukup sifat tetapi belum cukup kuat untuk hidup di dunia.

Apa tujuan aku tulis tentang Hasny? Aku kesian. Aku tersentuh dengan ceritanya. Suami Hasny warga Myanmar yang bekerja di tapak pembinaan. Dia masih ada dihospital kerana tidak mampu membayar bil hospital untuk keluar. Bil hospitalnya mencecah RM450. Berbanding bil hospital aku yang takkan mencecah RM50 pun sebagai rakyat Malaysia. Sudah semestinya percuma jika aku warga kerajaan. Oh Suci, ini cerita tentang Hasny bukan kau!

Malam nanti jika dia tak mampu bayar, khabarnya dia akan dibawa pergi oleh polis. Aku taktau ini cerita benar atau gosip untuk menakut nakutkan Hasny. Menjelang petang matanya berkaca... Hasny datang rapat ke katilku. Dihulurnya talifon bimbit miliknya. Dia minta aku untuk membeli talifon itu buat dia bayar bil hospital. Jujur aku tidak ada keperluan untuk membelinya. Aku terangkan kepada dia secara baik. Aku memberi idea supaya suaminya meminjam duit majikan atau ambil advance gaji. Aku tak dapat membantu. Yang aku mampu hanya membelikan makanan tengah hari untuknya kerana dia sudah tidak layak untuk mendapat makanan seperti pesakit lain. Aku belanja dan halalkan.

Dia mengadu kepada ku... Aku alih bahasa ke bahasa Malaysia.... "Kak, jika di Indon aku ada kad kelas A dihospital. Bapaku seorang guru. Aku belum ada duit untuk bayar bil hospital yang sepatutnya AGENT aku yang tanggung semua. AGENT ku sudah datang tapi dia lari bersama bil. Dia tidak bayar. Bagaimana Kak? Gajiku setiap bulan dipotong AGENT untuk bayaran perubatan. Tapi bila sakit dia tidak mahu bayar bil hospitalku. Aku datang sini untuk bekerja, aku bukan pengemis. Kenapa Suster ketawakan aku kak? Aku sangat sedih kerana kehilangan anakku. Mereka lagi ketawakan aku. Aku bukan sengaja tidak mahu bayar. AGENT itu tipu aku. Kawan juga enggan membantu. Aku sedih kak."

Dia beritahu yang di Indon dia tak mampu sambung belajar. Di sana segalanya mahal. Aku angguk faham. Aku bertuah. MARA bagi aku peluang untuk sambung belajar. Pinjaman pelajaran aku juga hanya perlu di bayar 10% dari pinjaman. Alhamdulillah. Jika nak cerita terlalu panjang jasa MARA membantu kaum aku sekarang. Syukur. Syukur. Syukur.

Hasny akhirnya keluar hospital pukul 10mlm. Suami dia datang bersama duit yang dipinjam dari kawan-kawan. Sebelum balik dia salam dan cium tangan aku. Dia pergi dengan senyuman.

Erina? Sepatutnya boleh balik semalam juga tapi sehingga pagi ini masih tidur dibawah selimut. AGENT yang janji nak bayar bil hospital tidak kunjung tiba. Dia hanya diam. Diam dibawah selimut sepanjang hari.

Aku masih belum boleh balik. Asyik lupa. Ini bukan kisah aku. Ini kisah mereka.

Pengakhiran dan Permulaan....

Kipas ligat berputar di syiling putih...sejuk. Suasana sunyi. Aku perlahan lahan menekan papan kunci di paparan talifon cerdik ini. Lampu dah dipadamkan cuma tinggal cahaya samar-samar dari kaki lima. Sesekali aku lihat kiri dan kanan. Mereka sudah nyenyak diulit mimpi. Aku belum mampu untuk pejamkan mata sejak tadi.

Wad kelas ke tiga untuk aku selesa. Bukan sebab itu aku tidak mampu lelapkan mata. Kesakitan juga telah lama kurang. Aku redha Ya Allah dengan ujian Mu... Tapi aku sangat rindukan bidadariku... Bidadari kesayangan ku. Allah pinjam kan 9minggu dalam rahimku. 9 minggu yang terasa paling panjang seumur hidupku... Paling bahagia. Paling BAHAGIA.

Izinkan aku bahasakan diri aku ibu untuk bidadari syurga ini... Maafkan ibu sayang. Ibu cuba sedaya upaya. Ibu terlalu sayangkan kamu. Ibu rindukan kamu. Bengkak mata ibu seharian menangis menerima berita itu. Ayah kamu pun sama sayang... Ayah kamu genggam erat tangan ibu dan terdiam saat doktor memberitahu ibu akan kehilangan kamu. Ibu sedar matanya juga berkaca. Kamu yang kami nantikan. Kamu yang sangat kami sayang. Ibu bersyukur di beri peluang ini. Kini ibu redha. Sekuat manapun, air mata rindu ini tetap mengalir untukmu sayang.

12malam di wad C20 Hospital Besar Pulau Pinang. Pengera talifon aku berbunyi mengingatkan aku untuk mengambil ubat darah tinggi. Kali ini pengera itu aku matikan tanpa tindakan. Aku sudah tidak perlu mengambilnya lagi. Terngiang-ngiang kata-kata doktor yang aku sudah tak mengandung, jadi tak perlu makan ubat itu lagi. TIDAK MENGANDUNG adalah 2 perkataan yang paling mengguris hati untuk hari ini.

Tanggal 221212. Pengakhiran satu perjalanan untuk aku menjadi ibu untuk kali ini. Tanggal 221212 juga permulaan untuk aku lebih bersedia untuk menjadi ibu lagi di masa hadapan.

Selagi ada jodoh aku dengan abang, aku takkan putus asa. Aku akan terus mencuba dan mencuba lagi. Saat hayat masih dikandung badan. Dikala matahari masih terbit di timur. Dengan izin Mu Ya Allah...

Ini kali kedua aku bermalam di wad ini. Wad yang tinggalkan seribu kemanisan dan kedukaan pada waktu yang sama.

Sunday 9 December 2012

Blackout

Apabila opis tiba-tiba blackout... Dengar la rakan-rakan keliling jerit "checkin first,everyone checkin first"

Apa yang diorg maksudkan ialah checkin cell or block yang diorg tengah buat masuk dalam server... Takut hilang sume kerja kalau machine pun shutdown... Buat masa ni machine aku pun on...tapi aku duk dalam gelap...

Haaaaaaaa...macam ni la keadaannya....
Jom sambung kerja... Cayok!!!!!

.my workstation.

Thursday 6 December 2012

Kesetiaan

Salam Jumaat yang mulia.. Harini lewat skit sampai kerja..9.20pg baru duduk kat kotak ni...

Penat...semalam training sampai pukul 9.15mlm...lepas tu teman abang joe makan malam kat tepi Giant tu on da way balik rumah... Abis makan masuk Giant sat, pi beli susu... Susu untuk aku lar... Punya la lama pilih... Last skali pilih Anmum Materna... Pagi tadi dah minum pun... Sedap... bagi aku yang tak minum susu sebelum ni... Aku boleh la minum... :)

Aku rasa sangat free kerja sekarang ni sebab aku takda kerja... sesungguhnya... memang free... nak study kot.... study pasal pregnancy dan buat planning untuk masa depan.

Sekarang ni tengah layan Era FM online streaming... Dulu pakai MP3 yang dapat hanya FLY FM sahaja... yang lain tak dapat... bagus btul ada online streaming, apa apa radio pun boleh dengar... hoyehhhhhhh.... :)

Aku punya alahan macam dah hilang... buat aku sangat risau.... 11/11/12 ni kena p maternity hospital, aku harap depa scan tengok keadaan baby kesayangan aku ni.. :)

Apa kaitan tajuk KESETIAAN dengan entry kali ni? Entah.

yang penting semua orang bahagia. -amin-

Dont Read This

Art for my blog...

Wednesday 5 December 2012

Habit

Dah jadi habit pulak nak tulis kat blog ni...sehari berapa kali nak tulis...ok sekarang aku bosan sebab tak ada kerja nak buat.lalalalaalalalalaa....

Arini makan nasi dengan petola goreng sambal telor dan sosej dan crap yg ada mayonis tu...

Pastu nk balik boleh bantai makan jeruk mangga... Aiyakkkkk ini takboleh nak tahan.tengok teringin. Huhu....

Ini dia jeruk mangga... 120gram RM2.... Dari dulu memang habit makan masam..sekarang kena kurangkan...

Pagi yang Indah

Hari ini aku rasa sangat bahagia... Pagi yang aku rasakan sangat indah..
Susah nak gambarkan dengan kata kata...
Suami hantar pergi kerja sebab malam ni aku ada training kat usains yang abis pukul 9.15mlm... Indahnya...
Bagi aku dapat sembang dengan ayah adalah sesuatu yang indah... Bila bos senyum dan ketawa jugak sesuatu yang indah...
Indah yang membuatkan hati bahagia...
Menetap di Balik Pulau, Pulau Pinang memang memberikan pemandangan yang indah... Rumah aku atas bukit yang dibelakangnya ada dusun durian Tok Ndak... Perjalanan harian ke tempat kerja melalui bukit yang tinggi pokok menghijau, permandangan laut luas yang biru, langit dan awan yang sangat indah bersama matahari pagi yang terang jika hari tak hujan... Jika bukan aku yang memandu, aku sempat menikmati semua ini... SubhanAllah... Sangat indah.
Syukur Ya Allah... Engkau memberikan aku peluang ini...
Merah Tema Dipagi Hari Khamis yang Indah

Tuesday 4 December 2012

Makan Sedap

Hari ni lunch aku makan sedap. Fish and chip special... Air lemon tea... Aiskrim vanila dgn coklat...

Jangan lupa... Ini makanan rohani... Hahaha... Insya'Allah aku sihat...

Sekali sekala layankan nafsu...

Aku tak snap pun picture... Aku jarang wat macam tu... Lain kali aku ingat k...

Sekarang sambung kerja.. *senyum*

Positif kan diri..

Wahhhhhhh... Hati ini pelik.. Boleh jadi sayu dengan tiba-tiba.. Boleh kuar air mata tanpa di minta..

Salahkan hormon!!! Tak patut betul.. Haha

Kena positifkan diri... Positif positif positif... Aura baik datanglah.... Datanglah mengiringi batinku yang gundah gulana... Sisipkan helai tawa... Rantai kan iman di hati... Kunci terus dan buang anak kuncinya biar ia kekal... Kekal menemaniku..

Jika ada ruang.. Akan aku lapah kulit kepala.. Bersihkan tempurungnya dan anginkan isinya...
Isinya??? Ya... Biar sejuk isinya agar dapat lupakan kesengsaraan ku.

Isinya adalah otak ku.. Tapi aku masih belum jumpa ruangnya.

Terbukti Depan Mata

Selasa hari ini di mana aku sakit kepala sepanjang hari. Aku makan nasi lemak gulai ikan masin pagi tadi.
Orang cakap jangan makan masin nanti tekanan darah naik.

Terbukti. Aku memang ada jadual check tekanan darah selang sehari. Kebetulan hari ni aku kena pi check tekanan darah... Tahniah 1st check 188/97... Wah aku terus diam. Cakap dgn adik tu jangan ler tulis... Check lagi skali... Rehat dulu 10min... Second check 166/87 adik tu trus tulis... Terbukti depan mata...

Wahhhhhh...terus insaf. Dah la sakit kepala... Darah naik... Hurmmmmm... Nangis....

Apa pun no more masin masin next time. Janji.

Monday 3 December 2012

Lagi

Lagi lagi aku mai conteng kat blog ni...

Entah lah aku rasa selesa menaip kat sini dari sana dan sinun...

Aku baru lepas makan...

Lauk ayam bakar sayur kangkung dan sambal tempe... Nasi separuh..

Fuhhhhhhhh.... Alhamdulillah....

Bila makan ni mulalah ngantuk...

Lagi satu makanan tu macam terperuk kat tekak....

Woiiiii.... Sejuknya ekon opis ni... Btul btul atas kepala sipi sipi skit lagi duk tala kat aku.... Memang sejuk. Bahasa apalah aku merepek disini.

Jom jom jom... Positifkan diri...

Aku ni emosi tak betul skit... Baik aku bekawan sorang sorang dengan diri sendiri daripada nanti kawan kawan aku terasa hati.

Ok... Depa lalu lalang sini meriah btul...

Aku taip ni sambil tengok review kereta mirage...cantik jugak yer.

Lalalalalalalala.... Bye bye...

Sekarang

Sekarang aku duduk atas kerusi warna hijau...
Depan aku lcd monitor mungkin 14" atau lebih aku tak pasti...
Toleh kanan besepah...
Toleh kiri terselindung...
Pandang atas kehadapan ada penjuru pembahagi ruang dan lampu...
Pandang atas kepala syiling atap berlubang lubang...
Pusing belakang ada papan putih peribadi yang kosong, kabinet buku kosong, rak buku kosong dan almari peribadi yang kosong,
Berdiri aku nampak iklan perabut di kotak En.Lau...
Aku masih dalam kotak aku sendiri.
Ambil bantal hijau dan peluk kuat kuat...
Bersandar kembali dikerusi sambil meneropong jiran hadapan sebelah kiri...dia tiada!
Panjangkan leher mengerling ke arah kotak hadapan... Bos pun tiada!
Sekarang masa yang sangat sesuai... Zzzzzzzzzzzzz.....
Sekarang. Ya, Sekarang!
jiran hadapan sebelah kiri tiada! bantal hijau ku... papan putih bos pun bersih!

Pagi selasa.

Pagi hari selasa yang sakit kepala. Huissshhhhhhh.... Drive dari umah ke tempat kerja masih bleh tahan lagi... Sampai je masuk pagar bangunan ni terus sakit kepala..
Itu lah...duk rasa diri sihat macam dulu... Dah lama tak makan nasi lemak pagi2 tiba-tiba  hari ni terhidang nasi lemak atas meja... Bukan sebarang nasi lemak tapi nasi lemak gulai udang dgn ikan masin. Saya ulang IKaN MaSIN... Hurmmmm...teringin punya pasal makan la jugak... Last last sakit kepala yg semakin teruk...takboleh nak handle...
Ini la rupa saya pagi ni...da mcm nenek kebayan... Hidung macam makin besarrrrrrrrr ja. Omai....
mak nenek

Sunday 2 December 2012

Susu Setiap Pagi

Aku perlu minum susu setiap hari. Ini untuk hari ini. Done.

Isnin hari yang penuh semangat

Assalamualaikum.. Ehem ehem... Tajuk kat atas bukan perli tau... Sungguh sungguh ni... Setelah 4 hari setengah cuti sakit, hari ni mula kerja dengan penuh semangat.

Mula dengan bismillah... Datang awal dengan bangganya... Senyum sampai telinga... Tolak semua perkara negatif...

Tapi satu ja...nak mulakan kerja tapi takda kerja... Hahaha...

So mula la check post entry semalam dari machine kat opis ni... Sekali tengok besarrrrrrr nya picture... Dalam blogger app ni takdak button nak kecikkan dan buh caption gambar... Sama ada takdak or aku yang belum belajar... Huhu apa pun entry ni untuk isi masa lapang ni... Sementara duk bosan takdak kerja...

Ok la... Stakat ini dulu... Nanti kalau takda kerja aku mai sini lagi...

Muaaaaahhhhhhhhhhhh.....

Bawah ni gambar hiasan.. Aku dengan abang joe masa raya... Enjoy!!!

Saturday 1 December 2012

Permulaan Baru

Last post aku gambar direct dari phone. Sekarang aku nak try post entry baru dari phone pulak... Aku baru install blogger app. Harap lepas ni lagi senang la nak tulis blog hanya dari phone ni. *smile*
Permulaan baru bagi aku juga yang baru melalui fasa baru dalam hidup ni.. Setelah setahun enam bulan mendirikan rumah tangga... Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T memberikan aku rezeki yang ditunggu tunggu selama ini.
Kandungan aku masih awal tapi aku benar-benar tak sabar untuk kongsikan berita baik ini dengan semua. Semoga rezeki ini milik aku. Segalanya masih awal untuk diperkatakan.
Walaupun kesihatan aku tak mengizinkan aku untuk terus aktif macam selalu, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga kandungan ini sebaik mungkin. Ya Allah Engkau periharalah kandungan ku.
23 November 12 aku hampir pitam... Rupanya tekanan darah aku sangat tinggi. Aku ditahan wad di hospital pulau pinang. Berisiko. Kesihatan pun tak menentu. Untuk yang membaca entry ni doakan lah kesihatan aku tau.
Aku sayang korang semua. Rindu sangat-sangat.

tangan si bam bam kat emergency room.. sempat lagi amik gambar tu..