Monday 31 March 2014

Mengandung???? Lagi????

Assalamualaikum... saspen tak tajuk??? mesti jantung berdegup laju kan baca... haha... saja ja nak kasi saspen skit. aku? belum mengandung lagi. yang lepas doktor nasihat 3-6 bulan berehat sekejab.

Apa yang aku nak cerita hari ini pasal diri aku. Ini kisah benar. Tak ada kaitan dengan orang lain ya. Warning awal-awal sebab kita ni sensitif... sama macam aku, cepat terasa hati.

Pengalaman aku mengandung. Nak rumuskan dalam satu perkataan memang susah. Sampai sekarang belum jumpa satu perkataan yang sesuai. Perasaan yang banyak berbaur menjadi satu.

Seawal 4 minggu aku dah check sendiri di rumah. Puncanya pertama aku jadi sangat cepat letih, sakit buah dada, kaki lenguh tak tentu pasal, pinggang sakitnya dan loya menjelma. Asalnya aku buat malam hari sebab tak sabar nak tunggu pagi. hahaha belum pun satu minit aku tengok keputusan UPT satu garisan. Aku terus letak di tepi singki dalam bilik air dan keluar sambil menitis air mata. Baring kaku atas katil sambil teresak-esak nangis. Abang datang tegur aku tutup muka dengan bantal. Abang masuk ke bilik air dan keluar sambil berkata, "kenapa sayang menangis, ini dua line..."
Aku terus bangun dan tengok UPT tadi. Aku gosok mata aku banyak kali. Betul dua line. Alhamdulillah... Tapi aku tetap sambung menangis. Kali ni menangis kegembiraan.

Seperti yang aku cerita sebelum ni, aku buat UPT hari hari sampai garisan "test" tu menjadi terang. Dan aku berjumpa doktor di hospital swasta. Doktor nasihat tunggu seminggu lagi dan buat sekali lagi UPT. Pada waktu ni aku agak sedih kerana doktor memberikan keputusan aku tidak mengandung. Jadi pada keesokkan harinya aku ke klinik swasta berdekatan rumah untuk medical checkup yang sememangnya dirancang dari awal untuk permohonan medikal kad insuren. Ya! Doktor ini telah mengesahkan bahawa aku mengandung. Gambar laporannya ada dibawah. Membuatkan aku senyum sepanjang hari.

Laporan Kesihatan aku
 

Minggu hadapannya aku ke klinik kesihatan ibu dan anak. Seperti biasa prosesnya. Aku hanya bawak buku rekod kesihatan ibu yang pertama. Jururawat ambil tekanan darah aku. Tekanan darah aku tinggi. Aku di minta rehat 15minit dan sekali lagi tekanan darah aku di ambil. Kali ni masih tinggi. 150/100. Ye, selepas memberikan urine kepada jururawat, aku terus di minta berjumpa dengan doktor. Aku masih ingat, doktor Lina. Doktor Lina yang merawat aku untuk tahun lepas dan kali ini aku bertemu dia sekali lagi. Setelah mengisi buku aku dan perbincangan dibuat (rata-rata aku di-leter-nya kerana ponteng rawatan darah tinggi) aku terus di beri surat untuk ke Hospital Besar Pulau Pinang dan ditahan wad. 

Di hospital aku di hantar ke kecemasan untuk pemeriksaan. Kebetulan doktor yang merawat adalah kawan sekolah menengah aku, Dr. Dhaniah. Beliau bersama rakan-rakannya pada mulanya melakukan ultra-sound dan setelah itu aku diminta untuk memberikan sedikit urine. Hampir beberapa jam aku di kecemasan, hanya di ambil tekanan darah. Akhirnya aku diminta pulang bersama surat untuk datang semula pada keesokkan harinya. Alasan doktor wad penuh. Aku terima. tekanan darah aku ketika pulang adalah 140/90.

Rekod Kesihatan Ibu aku.
 
Pengalaman aku mungkin sangat berbeza dengan semua. Aku obesiti dan darah tinggi. Aku perlu ke klinik kesihatan setiap hari untuk ambil tekanan darah dan periksa urine. Setiap hari. Pada usia kandungan aku 5 minggu, aku telah di minta untuk minum air gula. Keputusannya pula agak tinggi di mana doktor meminta aku untuk membuat BSP (blood sugar profile). Aku yakin kawan-kawan yang mempunyai anak tidak pernah melakukan BSP. aku "sangat" istimewa.. BSP adalah pemeriksaan paras gula dalam darah yang dilakuan 3 kali sehari. Puasa dari malam dan ambil bacaan sebelum sarapan, dan kemudian 2jam selepas makan tengah hari dan seterusnya 2jam selepas makan malam. Aku juga di minta untuk berjumpa dengan Pegawai Sains Pemakanan untuk ceramah makan secara sihat. Aku redha. Aku ikut setiap arahan doktor. Kali ini aku mahukan yang terbaik untuk kandungan aku.

Aku bekerja. Setiap hari aku ke KKIA seawal pukul 7.15-7.30 pagi untuk ambil tekanan darah dan membuang air kecil di dalam cawan. Rutin harian in akan selesai lebih kurang pukul 8-8.15 pagi. Kemudian aku akan ke tempat kerja seperti biasa. Jika hari yang memerlukan aku membuat BSP pula, pada pukul 2 petang aku harus keluar ke KKIA dan kembali semula ke tempat kerja. Kemudian pulang dari kerja harus sekali lagi mengambil darah di hospital untuk bacaan yang ke 3. 

Aku ke KKIA untuk berjumpa doktor seminggu sekali atau dua minggu sekali mengikut arahan doktor. Semua pun untuk kebaikkan aku sendiri. Walaupun sangat letih tapi aku bersyukur.
 

Terbalik pula. Ini ultra-sound aku pada minggu ke 8.
 
-bakal bersambung-

No comments:

Post a Comment