Wednesday, 5 April 2017

Rumah Tangga

Ada orang tulis cerita yang indah indah saja. Yang positif positif saja. Yang bagus bagus saja.

Silap-silap. Mula balik. Buat apa cerita tentang orang lain. Ok. Jom. Mula cerita aku.

Aku dulu. Tulis yang indah indah saja. Yang bajet bajet saja. Konon paling bahagia, paling sempurna. Amboi amboi amboi...

Aku pada usia hampir 32 tahun memilih untuk mula tulis kejujuran. Apa di rasa, itu dicoret. Mengadu domba? Satu dunia baca? Risau? Pahit semua aku yang telan.  Biarlah. Biar aku tanggung akibatnya.

Dulu hanya terpahat di dalam diari. Sekarang biar terpahat disini.

Kau mahu baca? Silakan.

Terima Kasih.

Assalamualaikum.

Tuesday, 4 April 2017

Terangkan

Hari ni tiba-tiba terpanggil untuk terangkan.

Aku bukan orang seni.

Aku tidak pernah belajar sastera.

Tapi ada sesetengah posting aku berlapik, tidak membawa jelas maksud yang tersurat, banyak tersirat.

Contoh bila emo... lahirlah LAPAR.
Kita faham lapar, disebabkan belum makan, kan?
Lapar aku tulis boleh jadi maksudnya lain.

Lapar kasih sayang? Mungkin Lapar kebahagiaan? Lapar rindu?

Aku tulis. Hanya aku faham. Kau boleh tafsir. Tapi aku bukan orang seni.

Terima kasih.

Wednesday, 29 March 2017

26 March 2017

26.03.84 Suamiku Mohd Faridzul dilahirkan.

Buat kali pertama setelah 6 tahun perkahwinan kami AKU tak wish selamat hari lahir.

Simpanan buat sejarah.

Thursday, 23 March 2017

Dendam ke dua

Dulu. Aku ada dendam. Satu dendam.
Kini. Aku ada dua dendam.

Bahaya. Jaga jaga.

Semakin malap perasaan itu. Semakin malap nyawa.

Jaga jaga.

Lapar

Aku. Aku dah banyak kali balik keje. Penat keje seharian, lapar. Sampai je rumah meleper.
Banyak kali jugak aku mengadu lapar. Akhirnya tido dalam keadaan lapar. Bangun esoknya terus ke tempat kerja.
Penah jugak mengadu lapar selepas balik kerja disuruhnya *pi la masak nasi*
Selalunya tido lah dalam keadaan lapar.

Hari ni demam. Batuk. Selsema.
Anak meragam. Suami meragam. Rumah bersepah macam tongkang pecah. Sama sarang tikus. Lapar. Tido.

Senang je seperti selalu. Balik kerja. Singgah kedai makan. Bungkus. Settle.
Bila tak singgah. Sampai rumah aku ajak jom makan kat luar. Natijahnya. Lapar sampai tertido.

Kepala punya lah sakit. Rasa nak telan je sebotol ubat batuk. Biar tido dalam lapar selamanya.

Sunday, 19 March 2017

Diam

Bila aku memilih untuk diam. Maksudnya aku dah terlalu kecewa.
Bila kau sudah tiada rasa hormat kepada keluarga aku. Aku pendam dan ia menjadi dendam.
Bila segalanya kau berkira. Tiada rasa kasih sayang dan cinta. Hanya tinggal sisa di hati ku.

Aku memilih untuk bersabar. Bukan bermakna aku lemah. Aku memberi harapan pada rasa yang semakin pudar.

Hati-hati. Dendam bakal menjadi bara. Bila terpadam hanya tinggal hitam arang yg bakal menjadi abu.

Kisah benar. Malam isnin. Dua dua puluh empat pagi. Balik Pulau, Penang.

Friday, 17 February 2017

Si debob Muhammad

Assalamualaikum... hari sabtu pagi tenang... tengah hirup kopi o dengan cicah roti gardenia... sambil-sambil scrool Facebook. Eh, ada video dari MAMEE, bukan semua ibu sempurna... terus terpanggil nak share kat sini.
Alhamdulillah, aku dan suami dikurniakan putera sulong kami yang lahir pada 14 Mac 2015. Si debob Muhammad nak masuk 2 tahun dah bulan depan.
Ini hanya secebis dari cerita kami. Pagi khamis lepas aku tengah sibuk bersiap untuk ke tempat kerja si debob Muhammad buka mata dan capai botol susu. Seperti biasa aku zassszzzzz dengan pantas sediakan satu botol lagi susu untuknya.
Pada kebiasaannya dia akan kembali terlena, tapi pagi tu mata dia terbuka luas... sambil baring atas katil mata dia ikut aku ke kiri dan kekanan bilik. Botol susu masih di nyonyotnya. Saat aku sarungkan tudung, dia bingkas bangun, keluar dari pintu bilik.
Betul tekaan aku. Si debob Muhammad pergi ke depan sambil menyarungkan slippernya. Ahhhhhh sudah, detik hatiku. Mukanya ceria menunggu dihadapan pintu. Aku datang dan memeloknya. "Jom Muhammad kita main kat dalam bilik. Umi kena pergi kerja tau. Muhammad kena jadi anak soleh, dengar cakap Abi tau." Lantas aku dukong si debob Muhammad sambil cium pipinya dalam-dalam, lama-lama. Aku bawa dia ke dalam bilik dimana suami ku sedang menunggu.
"Abang, sayang pergi kerja dulu" ayat yang sama setiap hari sambil salam dan cium tangan suami. Si debob Muhammad, aku letakkan. Berkali kali aku beritahu dia, umi pergi kerja tau, Muhammad tak boleh ikut. Umi pergi kerja tau. Dia berdiri kaku seperti faham semua yang aku katakan. Aku keluar dari bilik sambil melambai "bye..bye..bye" adoi Tuhan saja yang tau beratnya hati. Si debob Muhammad lambai kan tangannya. Aku nampak air mata dia bergenang. Aku tutup pintu bilik.
Sampai di dalam kereta, aku tak dengar tangisan si debob Muhammad. Lega.
Tengah hari di tempat kerja aku asyik teringatkan Si debob Muhammad. Sekali sekala apa salahnya aku balik jenguk dia. Sempat.
Sampai di rumah si debob Muhammad sedang tidur. Biasanya lepas tengah hari dia tidur sekejab. Aku duduk di tepinya.
"Tadi lepas sayang tutup pintu bilik, Muhammad panggil Umi sambil banyak kali ketuk pintu. Lepas dia dengar sayang start kereta terus dia bersujud menangis. Bila kereta sayang dah pergi, abang pujuk-pujuk sampai dia tertidur" cerita suamiku.
Inilah dilemanya. Sayu hati aku. Sedang bersembang dengan suami tiba-tiba si debob Muhammad terjaga. Mungkin suara kami kuat agaknya. Nampak sahaja aku, dia terus terkam dan peluk. "Miii" si debob Muhammad duduk atas riba aku. Rindu sangat gamaknya. "Jom, Umi bawa Muhammad. Jom."
Panjang pula cerita nya. Hahaha... Dari Si debob Muhammad menangis teruk nak ikut aku keluar bekerja, sampailah masa dia faham dan mula melambai aku dengan genangan air mata. Tunggu di pintu grill sambil aku melangkah keluar. Bila aku pulang dari kerja berlari ke pintu untuk sambut aku balik dengan pelukkan.. Setiap kali, tak pernah terlepas.
Sepenat mana pun aku bekerja. Sepayah mana pun kehidupan. Si debob Muhammad kekuatan untuk aku terus melangkah.
"Bila Muhammad besar nanti, Muhammad akan lebih faham. Umi terpaksa tinggalkan Muhammad untuk bekerja. Demi K.I.T.A"

Wednesday, 15 February 2017

sedetik lebih

hari ni aku nak cerita tentang lagu sedetik lebih.

Masa tu tahun 2011, lagu sedetik lebih nyanyian Anuar Zain ranjak bermain di corong-corong radio. Aku, umur 25 tahun, seorang jurutera muda, memandu myvi merah, perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke Hospital Pulau Pinang. Radio Era menemani ruang sunyi menyusuri jalan kota sibuk, masing-masing asing dalam ruang sendiri.


Melodinya mula memenuhi ruang, mengisi kotak fikiran yang tadi kosong. Lirik nya mula di hayati:
  • Setiap nafas yang dihembus
    Setiap degupan jantung
    Aku selalu memikirkanmu
  • Dalam sedar dibuai angan
    Dalam tidur dan khayalan
    Aku selalu memikirkanmu
  • Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
    Barulah terasa ku bernyawa
  • Kasihku ku amat mencintai kamu
    Kerana kau beri erti hidup
    Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
  • Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
    Ku bersyukur adanya kamu
  • Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
    Asal masih adanya kamu
Dan airmata pun mula mengalir deras... hanya satu perkataan yang terkeluar:
EMAK.

ini antara bibit bibit dari cebisan kenangan aku. pada tahun yang aku kehilangan satu satunya insan yang paling aku sayangi... yang sentiasa teratas. Aminah Binti Tajudin.

Tenanglah EMAK disana. Suci anak emak. Suci Rindu Emak.

Sampai hari ni, setiap kali mendengar lagu sedetik lebih, kenangan ni mesti terlintas dalam ingatanku.



kembali

Assalamualaikum,

Tahun baru 2017 pun dah nak masuk bulan Mac. Kisah clomid yang lepas, nanti baru sambung. Aku keguguran lagi tahun 2016.

Aku kembali kerana ada sedikit masa. Tadi tengok video random di Youtube, terserempak dengan satu video tentang idea penulisan dan kreatif. Menurutnya, karya-karya yang hebat datang dari kesedihan. kalau menulis semasa sedang gembira karyanya akan nampak angkuh.

terdiam lama aku mengelamun. betul. pada ketika aku sedih dulu aku banyak buat puisi... lancar je keluar idea. sekarang dah lama tak tulis puisi. mungkin sebab selalu nya puisi aku kisah benar, cerita tersirat mengenai kesedihan aku... umpama untuk mengubat luka bila menulis. selalunya begitu.

tapi aku bukan lah insan seni. orang-orang biasa sahaja.

sekarang masa banyak abis dengan keluarga, bahagia... focusnya banyak ke situ. penulisan puisi dah lama aku tinggalkan... kalau mahu menulis pun bagai hilang punca. begitulah.

ok. setakat sini dahulu.

bye

Tuesday, 30 August 2016

Aku dan Clomid 50mg

Salam... Hai semua...

Lama tidak menulis, kali ini kembali dengan cerita tentang aku dan clomid.

Bulan Jun 2016 haid aku terlalu banyak. Pagi hampir 4 kali bertukar pad. Malam tu darah haid keluar terlalu banyak sehingga aku buat keputusan untuk ke klinik. Sampai ke klinik doktor beri surat ke jabatan kecemasan hospital kerana ketika di klinik aku bocor teruk, darah tak dapat kawal.

Pendekkan cerita, hari itu lah pertama kali aku berjumpa Doktor pakar sakit puan (selain semasa mengandung). Setelah diberi rawatan, doktor berikan aku ubat hormon bernama Norcolut untuk di makan selama 14 hari. Katanya untuk betulkan hormon... Selepas 14 hari aku datang lagi berjumpa doktor.

Aku dengan jujur memberitahu doktor tentang keinginan aku untuk merancang kehamilan. Doktor memberikan aku Clomid 50mg untuk di makan pada hari ke 2 hingga hari ke 5 haid. Aku mula mengambil Clomid pada 1 Julai 2016 hingga 5 Julai 2016 seperti arahan doktor pakar. Sepatutnya doktor arahkan aku datang pada hari ke 10, untuk scan telor tapi hari ke 10 jatuh pada cuti hari raya, aku berada di kampung. Tidak dapat scan telor tapi aku dan suami redha dan kami berusaha sendiri.

Di takdirkan pada 2 Ogos 2016, aku terasa seperti seram sejuk dan demam, ke klinik doktor beri MC. Aku perasan sakit lain macam pada buah d4d4. Hati tergerak nak buat UPT dan pada 3 Ogos 2016 seawal subuh aku buat UPT.... dua line yg terang benderang. Perasaan berdebar dan ketar lutut!

Pagi aku ke office, berkongsi berita dengan office mate. Aku seakan tak percaya. Aku turun ke bawah dan pergi ke farmasi, beli lagi satu UPT. Pada ketika itu sudah menghampiri 11pagi... Lagi sekali UPT aku positif.

Aku masih ingat aku tersenyum lebar, aku senyum lebar kepada semua orang... sambil berjalan kembali ke office, sambil tersenyum lebar! bergenang air mata aku bercerita pada rakan-rakan office. Seperti diawan awanan...

4 Ogos 2016 aku bertemu semula dengan doktor pakar... Dengan banyak sejarah keguguran sebelum ini doktor beri aku makan satu lagi pil hormon selama dua minggu bernama Duphaston 10mg. Sehari makan dua kali bertujuaan untuk kuat kan rahim. Terlalu awal untuk scan, mengikut kiraan doktor, aku kandungan aku baru 5 minggu. :)

~~bersambung~~

Monday, 30 November 2015

Rindu

Aku ada keluarga yang baik... Sahabatku yang baik... Bila teringat berapa bertuahnya aku ada Mereka, aku bergenang air mata. Gembira.

Rindu.

Mula tengok gambar-gambar kenangan. Senyum seorang diri. Dalam waktu yang sama bergenang air mata.

Nak kata aku sunyi, tak jugak. Nak kata tak sunyi, tak jugak. Aku ada di antaranya. 
Hari Ini ada masak ketam masak cili... Nak share gambar tapi segan. Hahaha

Ok. Lega dah. Bye.

Monday, 23 November 2015

Hati Bengkok

Setahun lebih diam. Tanpa tarian jari Dan ketak papan kekunci. Hitam Dan putih dibiarkan sunyi. Kini kembali alunan berbunyi.

Lagunya mendayu. Hingga bergenang air mata Ini. Terpekung duka didada. Terhambat rasa disiksa. Dugaan menerpa bukan sia-sia. Balasannya nanti di alam sana.

Masa akan meninggalkan kita tanpa kita sedari perginya. Perlukah kita membawa perih ini bersamanya? Apa maknanya ikrar dahulu yg kita nyanyikan bersama. Irama gembira. Kini sumbang menyakitkan telinga.

Hidup aku tak tahu berapa lama lagi. Tapi sebelum aku pergi izinkan aku menyusun sepuluh jari. Maafkan segala khilaf Dan cela selama Ini. Dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
Halalkan semuanya wahai si pemilik hati.

Thursday, 15 May 2014

DON'T PRESS BACKSPACE

okay aku janji yang dalam post ni aku takkan press backpas backp backspace. ok. mmg mengarut kalau korg nk baca jugak. sebab aku nak merapu ja dalam ni sbb aku boring.

biasa kita typo kan? kita tak sedar..tapi kalau kita sedar kita boleh slalu guna bc backspace utk betulkan balik kesalahan kita. tapi hidup ni..realitu realitinya tiada backspace..haaaa mcm mana? takut tak? kalau sialp silap semua org yg lihat boleh nampak. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, kikikiki itu ibarat nya lah...

aku penah gak r terpa terbaca yang kata kata kat fb ni.. ayatnya lebih kurang macam nu ni. ter salah tao taip lagi... ayat nya mcm ni=> Alamak..aku lupa dah.

walaupun hidup kita tak ada backspace tapi kita tetap boleh betulkan keadaan contohnya mcm kat atas ni yg aku akan highlight warna merah nanti adalah yg aku tersilap..selepas tu aku aku akan taip sekali lagi utk pembetulannya... tapi kalau nk apply dalam kehidupan harian kita ni.mmg boleh v cuma, tertinggal jgk bekas tu...mcm u luka, akan tinggalkan parut. walaupun kita boleh betulkan keadaan, org takk akan or susah utk lenyapkan terus dari memori masing masing..pasti akakn akan wujud jugak kenangan tu.

ingat.. kesalahan pada Maha Pencipta masih boleh bertaubat.. InsyaAllah selagi nyawa bem belum di kerongkong dan matahari terbit s de di sebelah barat. tapi kesalahan kepada manusia kita harus meminta maaf. lebih2 lagi inb ibu bapa kita.

ok. panjang sangat dah ni. lain kali aku datang lagi.. taip lagi ... tapi kena guna backspace lah.. baru best. kikikiki

sayonara.. koniciwa... arigato!

14 Mei 2014: 365 hari darab 3!

14 Mei 2014, hari rabu adalah ulangtahun ke 3 perkahwinan aku dan suami. Alhamdulillah..

baru 3 tahun tapi rasa macam dah 30tahun.. haha.. tapi kadang-kadang rasa macam bujang dan bercinta lagi pun ada juga.

14 Mei 2011
i love you.

Monday, 31 March 2014

Mengandung???? Lagi????

Assalamualaikum... saspen tak tajuk??? mesti jantung berdegup laju kan baca... haha... saja ja nak kasi saspen skit. aku? belum mengandung lagi. yang lepas doktor nasihat 3-6 bulan berehat sekejab.

Apa yang aku nak cerita hari ini pasal diri aku. Ini kisah benar. Tak ada kaitan dengan orang lain ya. Warning awal-awal sebab kita ni sensitif... sama macam aku, cepat terasa hati.

Pengalaman aku mengandung. Nak rumuskan dalam satu perkataan memang susah. Sampai sekarang belum jumpa satu perkataan yang sesuai. Perasaan yang banyak berbaur menjadi satu.

Seawal 4 minggu aku dah check sendiri di rumah. Puncanya pertama aku jadi sangat cepat letih, sakit buah dada, kaki lenguh tak tentu pasal, pinggang sakitnya dan loya menjelma. Asalnya aku buat malam hari sebab tak sabar nak tunggu pagi. hahaha belum pun satu minit aku tengok keputusan UPT satu garisan. Aku terus letak di tepi singki dalam bilik air dan keluar sambil menitis air mata. Baring kaku atas katil sambil teresak-esak nangis. Abang datang tegur aku tutup muka dengan bantal. Abang masuk ke bilik air dan keluar sambil berkata, "kenapa sayang menangis, ini dua line..."
Aku terus bangun dan tengok UPT tadi. Aku gosok mata aku banyak kali. Betul dua line. Alhamdulillah... Tapi aku tetap sambung menangis. Kali ni menangis kegembiraan.

Seperti yang aku cerita sebelum ni, aku buat UPT hari hari sampai garisan "test" tu menjadi terang. Dan aku berjumpa doktor di hospital swasta. Doktor nasihat tunggu seminggu lagi dan buat sekali lagi UPT. Pada waktu ni aku agak sedih kerana doktor memberikan keputusan aku tidak mengandung. Jadi pada keesokkan harinya aku ke klinik swasta berdekatan rumah untuk medical checkup yang sememangnya dirancang dari awal untuk permohonan medikal kad insuren. Ya! Doktor ini telah mengesahkan bahawa aku mengandung. Gambar laporannya ada dibawah. Membuatkan aku senyum sepanjang hari.

Laporan Kesihatan aku
 

Minggu hadapannya aku ke klinik kesihatan ibu dan anak. Seperti biasa prosesnya. Aku hanya bawak buku rekod kesihatan ibu yang pertama. Jururawat ambil tekanan darah aku. Tekanan darah aku tinggi. Aku di minta rehat 15minit dan sekali lagi tekanan darah aku di ambil. Kali ni masih tinggi. 150/100. Ye, selepas memberikan urine kepada jururawat, aku terus di minta berjumpa dengan doktor. Aku masih ingat, doktor Lina. Doktor Lina yang merawat aku untuk tahun lepas dan kali ini aku bertemu dia sekali lagi. Setelah mengisi buku aku dan perbincangan dibuat (rata-rata aku di-leter-nya kerana ponteng rawatan darah tinggi) aku terus di beri surat untuk ke Hospital Besar Pulau Pinang dan ditahan wad. 

Di hospital aku di hantar ke kecemasan untuk pemeriksaan. Kebetulan doktor yang merawat adalah kawan sekolah menengah aku, Dr. Dhaniah. Beliau bersama rakan-rakannya pada mulanya melakukan ultra-sound dan setelah itu aku diminta untuk memberikan sedikit urine. Hampir beberapa jam aku di kecemasan, hanya di ambil tekanan darah. Akhirnya aku diminta pulang bersama surat untuk datang semula pada keesokkan harinya. Alasan doktor wad penuh. Aku terima. tekanan darah aku ketika pulang adalah 140/90.

Rekod Kesihatan Ibu aku.
 
Pengalaman aku mungkin sangat berbeza dengan semua. Aku obesiti dan darah tinggi. Aku perlu ke klinik kesihatan setiap hari untuk ambil tekanan darah dan periksa urine. Setiap hari. Pada usia kandungan aku 5 minggu, aku telah di minta untuk minum air gula. Keputusannya pula agak tinggi di mana doktor meminta aku untuk membuat BSP (blood sugar profile). Aku yakin kawan-kawan yang mempunyai anak tidak pernah melakukan BSP. aku "sangat" istimewa.. BSP adalah pemeriksaan paras gula dalam darah yang dilakuan 3 kali sehari. Puasa dari malam dan ambil bacaan sebelum sarapan, dan kemudian 2jam selepas makan tengah hari dan seterusnya 2jam selepas makan malam. Aku juga di minta untuk berjumpa dengan Pegawai Sains Pemakanan untuk ceramah makan secara sihat. Aku redha. Aku ikut setiap arahan doktor. Kali ini aku mahukan yang terbaik untuk kandungan aku.

Aku bekerja. Setiap hari aku ke KKIA seawal pukul 7.15-7.30 pagi untuk ambil tekanan darah dan membuang air kecil di dalam cawan. Rutin harian in akan selesai lebih kurang pukul 8-8.15 pagi. Kemudian aku akan ke tempat kerja seperti biasa. Jika hari yang memerlukan aku membuat BSP pula, pada pukul 2 petang aku harus keluar ke KKIA dan kembali semula ke tempat kerja. Kemudian pulang dari kerja harus sekali lagi mengambil darah di hospital untuk bacaan yang ke 3. 

Aku ke KKIA untuk berjumpa doktor seminggu sekali atau dua minggu sekali mengikut arahan doktor. Semua pun untuk kebaikkan aku sendiri. Walaupun sangat letih tapi aku bersyukur.
 

Terbalik pula. Ini ultra-sound aku pada minggu ke 8.
 
-bakal bersambung-

Thursday, 13 February 2014

Balasan Tuhan

Amboi tajuk... Bukan main lagi serius...

Perkara yang sering aku fikirkan. Balasan Tuhan. Setiap kesulitan yang aku alami akan membuatkan aku terfikir tentang apa kesalahan yang aku buat sebelumnya... Sampai saat aku taip entry ini pun, aku masih berfikir.

Terbukti berkali kali. Lebih-lebih lagi ianya berkait dengan kesalahan rohani. Antara aku dengan Maha Pencipta, Abang Joe dan Ayah. Balasan yang dibayar balik tanpa berlengah.

Suatu pagi aku terjaga bunyi pengera pada pukul 6 pagi dan dalam keadaan mamai aku ingin lelapkan mata semula. Sementara itu sayup sayup kedengaran berkumandang azan menandakan telah masuk waktu subuh. Aku? Aku tidak terus bangun malah tertidur kembali. Nahhhhh... aku terjaga semula matahari telah meninggi. 8 pagi. Pada pagi yang sama di bawah matahari terik pagi... Kereta aku yang selama ini tidak pernah membawa masalah tiba-tiba meragam. Sudah lambat hendak ke tempat kerja semakin lambat jadinya... Berpeluh-peluh menunggu bantuan. Balasan.

Pagi ini. terjadi lagi perkara yang sama di hening pagi. Kali ini aku berjaya memandu hingga ke tempat kerja tanpa masalah. Termengah mengah duduk di cubical. Untuk memulakan kerja aku taip password untuk unlock machine aku. pop-up window unlock fail. aku taip lagi... pop-up lagi unlock fail. aku berhenti dan fikir dalam dalam password yang aku gunakan setiap hari tidak pernah tukar setelah sekian lama. aku taip lagi sekali dengan YAKIN. tetap unlock fail. aku tak ingat password aku. yang selama ini aku taip dgn laju tanpa perlu berfikir. AKU LUPA.Kesudahannya machine dan account aku di LOCK terus. Panjang lah procedure-nya. Terpaksa melibatkan IT dan bla..bla...bla... Aku terpaksa berjalan jauh ke building 1 kononnya "for security". Sebaliknya dari itu baru aku teringat inilah balasan-Nya.

Ya Allah Ya Tuhan ku... Aku hamba-Mu yang sering lalai. Berikan lah aku petunjuk.

Banyak perkara yang berlaku dari yang remeh kepada yang serius. Jom Audit diri sendiri. Belajar dari kesilapan. Dan ingatlah yang Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya.
-Amin-


Wednesday, 12 February 2014

Mimpi Seperti Nyata

Aku mimpi aku mengandung lagi. Aku mimpi aku bawak buku pink (kesihatan ibu) pergi jumpa doktor yang aku hampir serik untuk berjumpa dengan dia lagi. Ya.. wajah doktor itu memang jelas. Dalam bilik dia aku duduk berhadapan dengan dia seperti biasa. Aku sudah tak jelas tentang perbualan kami TAPI yang nyatanya aku ingat dia koyak buku pink aku.


Mimpi yang seakan akan nyata. Sekarang aku sedar ianya hanya mimpi.

Wednesday, 5 February 2014

Peluang KeDua

Assalamualaikum Sahabat Semua...

Lama dah aku tak update blog ni. Banyak perkara yang berlaku dan masa terlalu singkat.

Perkara terbaru aku keguguran lagi. 22 january 2014 aku tumpah darah di rumah. Belum rezeki aku. InsyaAllah ada yang terbaik bakal menyusul. Aku percaya ini semua Qada&Qadar.

Sedih? Mestilah sedih. Aku dan abang joe masing-masing pun sedih. Keluarga dan sahabat handai pun berkongsi kesedihan. Emosi lepas keguguran tu susah nak gambarkan. Tapi aku redha, aku dah jaga diri dan kandungan aku sehabis baik. Tidak ada sedikit pun rasa kesal singgah di dalam diri.

Jauh dalam hati ini tersembunyi satu rasa. Pengalaman yang menjadi titik mula untuk berubah. Betapa beruntungnya aku di beri dugaan sebegini supaya aku tidak alpa. Peluang kedua dari yang Maha Esa.
Rasanya seperti mati dan dihidupkan semula.

Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah.
Berikan Petunjuk kepada hamba-Mu ke jalan yang di redhai.
-Amin-

Sunday, 15 December 2013

UPT weakly positif.. Mengandung?

Assalamualaikum geng... Hari ni rasa macam nak share sesuatu yang agak biasa bagi orang perempuan atau wanita yang sudah berkahwin iaitu tentang UPT atau urine pregnancy test... Hihihihi dah tentulah aku bukan doktor or bidan or nurse...tapi aku dah dua kali alami situasi buat upt tapi weakly positive...

First time masa tahun 2012... bagi orang yang sentiasa mencuba dan mahukan anak, aku selalu buat UPT.. asal lewat je terus buat... aku selalu lah nampak satu line je yang bermaksud negative. Selalu redha dan mencuba lagi. TAPI malam tu, aku rasa semua tanda-tanda datang bulan dan dalam hati adakah aku mengandung? Usha kelender aku dah lewat sehari... aku terus buat satu UPT.
Ya Allah... Keluar line kedua. Agak pudar line kedua tu... aku hampir melompat dan terus tunjuk kat Abg Joe... Dia pun senyum meleret... Esoknya kami terus ke salah satu hospital maternity di Penang. Doktor scan
melalui bawah (TVS) atas alasan aku ni lemak banyak dan kandungan mungkin masih kecil... baru 4week. Tapi tak nampak lagi. Jadi doktor buat skali lagi UPT dan memang ada dua line. Doktor cakap keputusan ni adalah weakly positive. 

17 November 2012: UPT weakly positive yang aku buat di rumah.

Hari tu doktor ada terangkan kat aku pasal weakly positif ni. Aku keluar dari bilik doktor sambil menahan air mata... katanya weakly positive boleh berlaku jika aku hampir turun period. Baiklah. Aku belum putus asa.. Cerita selepas-selepas tu geng boleh baca dalam entry sebelum ni... Yang pada akhirnya aku keguguran di minggu yang ke 9.


Tahun ini. Hampir setahun berlalu. Setelah mencuba dan mencuba dan mencuba.... akhirnya.... UPT aku positif lagi. kali ini pun pudar jugak... hihihi gatalnya aku belum lewat datang bulan lagi dah buat. Kali ni aku tak terus pi jumpa doktor... aku buat selang sehari UPT.. semakin hari semakin terang... semakin terang.... Bila dah terang macam gambar bawah ni aku pun jumpa doktor.

ini ha gambarnya... ini pun selang sehari buat...malas nk tunjuk pic yang lagi pudar dari ni pun ada..dalam gambar tak nampak sangat.
Dalam bilik doktor tanya aku setelah aku bagi salam kat dia, "kenapa awak datang? ada masalah?"
Aku pun cerita lah yang aku ada rasa sakit seperti nak datang period dan UPT aku positif tapi pudar. Nurse yang ada bersama di dalam bilik doktor pada ketika itu memberitahu bahawa pudar tu maksudnya tak mengandung. Aku???? Aku terus terpana. Terdiam. aku pandang doktor... doktor pun cakap kalau pudar tak mengandung. Bergenang lagi air mata.... Doktor tengok fail aku tahun lepas... doktor cakap tahun lepas pun pudar juga... scan tak nampak... takpa buat dulu UPT... Lepas selesai nurse bawak masuk UPT aku ke meja doktor sambil geleng kepala dan cakap tak mengandung ni. Aku tengok UPT tu ada dua line... satu masih pudar... Doktor cakap awak tak mengandung. Bergenang lagi air mata aku. Doktor cakap minggu depan buat lagi UPT... kalau makin terang maksudnya mungkin awak mengandung. Mungkin awak nak datang bulan komen doktor lagi.
Doktor bagi appoinment untuk aku pada tarikh sebulan berikutnya. Aku keluar dari bilik doktor dengan hampa, kecewa dan bergenang air mata.

Seminggu lepas itu, aku buat sekali lagi UPT di rumah. tengok gambar bawah...


Seminggu selepas jumpa doktor. Weeeeee.... sekejab je dah dua line yang terang.

Petang pada hari yang sama aku terus ke klinik kesihatan ibu dan anak. Sebab aku ingat nasihat doktor dulu... Jika positif terus datang... Alhamdulillah aku dah selamat membuka buku ibu mengandung dan di sebabkan darah tinggi aku terus dihantar ke hospital besar pulau pinang. Disana doktor ada buat ultrasound dan jeng jeng jeng... nampak dah kantong si comel. aku mendapat jadual jumpa doktor yang ketat... demi kamu sayang... demi kamu sayang.... demi kamu sayang... apa sahaja untuk kamu sayang.

 Untuk geng yang pernah dapat keputusan UPT pudar atau weakly positive... sabar dan buat UPT sekali lagi selepas seminggu. Jika berjumpa doktor besar kemungkinan jawapan yang bakal di terima amat menyedihkan sedangkan anda benar benar mengandung! Jika tidak datang bulan selepas ujian weakly positif..... TAHNIAH untuk anda... Yeay....

 Jom doakan aku dan kandungan.. semoga sentiasa sihat dan membesar dengan jayanya. Doakan jugak untuk semua umat islam... semoga sentiasa berjaya dan bahagia hendaknya.

-amin-
 

Sunday, 24 November 2013

terasa

assalamualaikum...

hari ni terasa sunyi sangat opis ni.. bkn terasa lagi dah.. memang sunyi...depa-depa pi lunch pastu main boling... tinggal la sekerat dua kerat ja...

hari ni juga terasa macam nak bagitau... saya nak sangat... nak sangat sangat anak. berbaur-baur perasaan dalam hati ni. selalu ada ja perasaan macam ni...tapi kali ni lebih lagi..rasa lebih lagi...rasa kuat lagi.... semakin kuat lagi..... haaaaa... memang nak anak.

terasa rindu. ok lah.

itu sahaja.

bye!