Friday 17 February 2017

Si debob Muhammad

Assalamualaikum... hari sabtu pagi tenang... tengah hirup kopi o dengan cicah roti gardenia... sambil-sambil scrool Facebook. Eh, ada video dari MAMEE, bukan semua ibu sempurna... terus terpanggil nak share kat sini.
Alhamdulillah, aku dan suami dikurniakan putera sulong kami yang lahir pada 14 Mac 2015. Si debob Muhammad nak masuk 2 tahun dah bulan depan.
Ini hanya secebis dari cerita kami. Pagi khamis lepas aku tengah sibuk bersiap untuk ke tempat kerja si debob Muhammad buka mata dan capai botol susu. Seperti biasa aku zassszzzzz dengan pantas sediakan satu botol lagi susu untuknya.
Pada kebiasaannya dia akan kembali terlena, tapi pagi tu mata dia terbuka luas... sambil baring atas katil mata dia ikut aku ke kiri dan kekanan bilik. Botol susu masih di nyonyotnya. Saat aku sarungkan tudung, dia bingkas bangun, keluar dari pintu bilik.
Betul tekaan aku. Si debob Muhammad pergi ke depan sambil menyarungkan slippernya. Ahhhhhh sudah, detik hatiku. Mukanya ceria menunggu dihadapan pintu. Aku datang dan memeloknya. "Jom Muhammad kita main kat dalam bilik. Umi kena pergi kerja tau. Muhammad kena jadi anak soleh, dengar cakap Abi tau." Lantas aku dukong si debob Muhammad sambil cium pipinya dalam-dalam, lama-lama. Aku bawa dia ke dalam bilik dimana suami ku sedang menunggu.
"Abang, sayang pergi kerja dulu" ayat yang sama setiap hari sambil salam dan cium tangan suami. Si debob Muhammad, aku letakkan. Berkali kali aku beritahu dia, umi pergi kerja tau, Muhammad tak boleh ikut. Umi pergi kerja tau. Dia berdiri kaku seperti faham semua yang aku katakan. Aku keluar dari bilik sambil melambai "bye..bye..bye" adoi Tuhan saja yang tau beratnya hati. Si debob Muhammad lambai kan tangannya. Aku nampak air mata dia bergenang. Aku tutup pintu bilik.
Sampai di dalam kereta, aku tak dengar tangisan si debob Muhammad. Lega.
Tengah hari di tempat kerja aku asyik teringatkan Si debob Muhammad. Sekali sekala apa salahnya aku balik jenguk dia. Sempat.
Sampai di rumah si debob Muhammad sedang tidur. Biasanya lepas tengah hari dia tidur sekejab. Aku duduk di tepinya.
"Tadi lepas sayang tutup pintu bilik, Muhammad panggil Umi sambil banyak kali ketuk pintu. Lepas dia dengar sayang start kereta terus dia bersujud menangis. Bila kereta sayang dah pergi, abang pujuk-pujuk sampai dia tertidur" cerita suamiku.
Inilah dilemanya. Sayu hati aku. Sedang bersembang dengan suami tiba-tiba si debob Muhammad terjaga. Mungkin suara kami kuat agaknya. Nampak sahaja aku, dia terus terkam dan peluk. "Miii" si debob Muhammad duduk atas riba aku. Rindu sangat gamaknya. "Jom, Umi bawa Muhammad. Jom."
Panjang pula cerita nya. Hahaha... Dari Si debob Muhammad menangis teruk nak ikut aku keluar bekerja, sampailah masa dia faham dan mula melambai aku dengan genangan air mata. Tunggu di pintu grill sambil aku melangkah keluar. Bila aku pulang dari kerja berlari ke pintu untuk sambut aku balik dengan pelukkan.. Setiap kali, tak pernah terlepas.
Sepenat mana pun aku bekerja. Sepayah mana pun kehidupan. Si debob Muhammad kekuatan untuk aku terus melangkah.
"Bila Muhammad besar nanti, Muhammad akan lebih faham. Umi terpaksa tinggalkan Muhammad untuk bekerja. Demi K.I.T.A"

No comments:

Post a Comment