Wednesday, 15 February 2017

sedetik lebih

hari ni aku nak cerita tentang lagu sedetik lebih.

Masa tu tahun 2011, lagu sedetik lebih nyanyian Anuar Zain ranjak bermain di corong-corong radio. Aku, umur 25 tahun, seorang jurutera muda, memandu myvi merah, perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke Hospital Pulau Pinang. Radio Era menemani ruang sunyi menyusuri jalan kota sibuk, masing-masing asing dalam ruang sendiri.


Melodinya mula memenuhi ruang, mengisi kotak fikiran yang tadi kosong. Lirik nya mula di hayati:
  • Setiap nafas yang dihembus
    Setiap degupan jantung
    Aku selalu memikirkanmu
  • Dalam sedar dibuai angan
    Dalam tidur dan khayalan
    Aku selalu memikirkanmu
  • Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
    Barulah terasa ku bernyawa
  • Kasihku ku amat mencintai kamu
    Kerana kau beri erti hidup
    Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
  • Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
    Ku bersyukur adanya kamu
  • Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
    Asal masih adanya kamu
Dan airmata pun mula mengalir deras... hanya satu perkataan yang terkeluar:
EMAK.

ini antara bibit bibit dari cebisan kenangan aku. pada tahun yang aku kehilangan satu satunya insan yang paling aku sayangi... yang sentiasa teratas. Aminah Binti Tajudin.

Tenanglah EMAK disana. Suci anak emak. Suci Rindu Emak.

Sampai hari ni, setiap kali mendengar lagu sedetik lebih, kenangan ni mesti terlintas dalam ingatanku.



kembali

Assalamualaikum,

Tahun baru 2017 pun dah nak masuk bulan Mac. Kisah clomid yang lepas, nanti baru sambung. Aku keguguran lagi tahun 2016.

Aku kembali kerana ada sedikit masa. Tadi tengok video random di Youtube, terserempak dengan satu video tentang idea penulisan dan kreatif. Menurutnya, karya-karya yang hebat datang dari kesedihan. kalau menulis semasa sedang gembira karyanya akan nampak angkuh.

terdiam lama aku mengelamun. betul. pada ketika aku sedih dulu aku banyak buat puisi... lancar je keluar idea. sekarang dah lama tak tulis puisi. mungkin sebab selalu nya puisi aku kisah benar, cerita tersirat mengenai kesedihan aku... umpama untuk mengubat luka bila menulis. selalunya begitu.

tapi aku bukan lah insan seni. orang-orang biasa sahaja.

sekarang masa banyak abis dengan keluarga, bahagia... focusnya banyak ke situ. penulisan puisi dah lama aku tinggalkan... kalau mahu menulis pun bagai hilang punca. begitulah.

ok. setakat sini dahulu.

bye

Tuesday, 30 August 2016

Aku dan Clomid 50mg

Salam... Hai semua...

Lama tidak menulis, kali ini kembali dengan cerita tentang aku dan clomid.

Bulan Jun 2016 haid aku terlalu banyak. Pagi hampir 4 kali bertukar pad. Malam tu darah haid keluar terlalu banyak sehingga aku buat keputusan untuk ke klinik. Sampai ke klinik doktor beri surat ke jabatan kecemasan hospital kerana ketika di klinik aku bocor teruk, darah tak dapat kawal.

Pendekkan cerita, hari itu lah pertama kali aku berjumpa Doktor pakar sakit puan (selain semasa mengandung). Setelah diberi rawatan, doktor berikan aku ubat hormon bernama Norcolut untuk di makan selama 14 hari. Katanya untuk betulkan hormon... Selepas 14 hari aku datang lagi berjumpa doktor.

Aku dengan jujur memberitahu doktor tentang keinginan aku untuk merancang kehamilan. Doktor memberikan aku Clomid 50mg untuk di makan pada hari ke 2 hingga hari ke 5 haid. Aku mula mengambil Clomid pada 1 Julai 2016 hingga 5 Julai 2016 seperti arahan doktor pakar. Sepatutnya doktor arahkan aku datang pada hari ke 10, untuk scan telor tapi hari ke 10 jatuh pada cuti hari raya, aku berada di kampung. Tidak dapat scan telor tapi aku dan suami redha dan kami berusaha sendiri.

Di takdirkan pada 2 Ogos 2016, aku terasa seperti seram sejuk dan demam, ke klinik doktor beri MC. Aku perasan sakit lain macam pada buah d4d4. Hati tergerak nak buat UPT dan pada 3 Ogos 2016 seawal subuh aku buat UPT.... dua line yg terang benderang. Perasaan berdebar dan ketar lutut!

Pagi aku ke office, berkongsi berita dengan office mate. Aku seakan tak percaya. Aku turun ke bawah dan pergi ke farmasi, beli lagi satu UPT. Pada ketika itu sudah menghampiri 11pagi... Lagi sekali UPT aku positif.

Aku masih ingat aku tersenyum lebar, aku senyum lebar kepada semua orang... sambil berjalan kembali ke office, sambil tersenyum lebar! bergenang air mata aku bercerita pada rakan-rakan office. Seperti diawan awanan...

4 Ogos 2016 aku bertemu semula dengan doktor pakar... Dengan banyak sejarah keguguran sebelum ini doktor beri aku makan satu lagi pil hormon selama dua minggu bernama Duphaston 10mg. Sehari makan dua kali bertujuaan untuk kuat kan rahim. Terlalu awal untuk scan, mengikut kiraan doktor, aku kandungan aku baru 5 minggu. :)

~~bersambung~~

Monday, 30 November 2015

Rindu

Aku ada keluarga yang baik... Sahabatku yang baik... Bila teringat berapa bertuahnya aku ada Mereka, aku bergenang air mata. Gembira.

Rindu.

Mula tengok gambar-gambar kenangan. Senyum seorang diri. Dalam waktu yang sama bergenang air mata.

Nak kata aku sunyi, tak jugak. Nak kata tak sunyi, tak jugak. Aku ada di antaranya. 
Hari Ini ada masak ketam masak cili... Nak share gambar tapi segan. Hahaha

Ok. Lega dah. Bye.

Monday, 23 November 2015

Hati Bengkok

Setahun lebih diam. Tanpa tarian jari Dan ketak papan kekunci. Hitam Dan putih dibiarkan sunyi. Kini kembali alunan berbunyi.

Lagunya mendayu. Hingga bergenang air mata Ini. Terpekung duka didada. Terhambat rasa disiksa. Dugaan menerpa bukan sia-sia. Balasannya nanti di alam sana.

Masa akan meninggalkan kita tanpa kita sedari perginya. Perlukah kita membawa perih ini bersamanya? Apa maknanya ikrar dahulu yg kita nyanyikan bersama. Irama gembira. Kini sumbang menyakitkan telinga.

Hidup aku tak tahu berapa lama lagi. Tapi sebelum aku pergi izinkan aku menyusun sepuluh jari. Maafkan segala khilaf Dan cela selama Ini. Dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
Halalkan semuanya wahai si pemilik hati.

Thursday, 15 May 2014

DON'T PRESS BACKSPACE

okay aku janji yang dalam post ni aku takkan press backpas backp backspace. ok. mmg mengarut kalau korg nk baca jugak. sebab aku nak merapu ja dalam ni sbb aku boring.

biasa kita typo kan? kita tak sedar..tapi kalau kita sedar kita boleh slalu guna bc backspace utk betulkan balik kesalahan kita. tapi hidup ni..realitu realitinya tiada backspace..haaaa mcm mana? takut tak? kalau sialp silap semua org yg lihat boleh nampak. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, kikikiki itu ibarat nya lah...

aku penah gak r terpa terbaca yang kata kata kat fb ni.. ayatnya lebih kurang macam nu ni. ter salah tao taip lagi... ayat nya mcm ni=> Alamak..aku lupa dah.

walaupun hidup kita tak ada backspace tapi kita tetap boleh betulkan keadaan contohnya mcm kat atas ni yg aku akan highlight warna merah nanti adalah yg aku tersilap..selepas tu aku aku akan taip sekali lagi utk pembetulannya... tapi kalau nk apply dalam kehidupan harian kita ni.mmg boleh v cuma, tertinggal jgk bekas tu...mcm u luka, akan tinggalkan parut. walaupun kita boleh betulkan keadaan, org takk akan or susah utk lenyapkan terus dari memori masing masing..pasti akakn akan wujud jugak kenangan tu.

ingat.. kesalahan pada Maha Pencipta masih boleh bertaubat.. InsyaAllah selagi nyawa bem belum di kerongkong dan matahari terbit s de di sebelah barat. tapi kesalahan kepada manusia kita harus meminta maaf. lebih2 lagi inb ibu bapa kita.

ok. panjang sangat dah ni. lain kali aku datang lagi.. taip lagi ... tapi kena guna backspace lah.. baru best. kikikiki

sayonara.. koniciwa... arigato!

14 Mei 2014: 365 hari darab 3!

14 Mei 2014, hari rabu adalah ulangtahun ke 3 perkahwinan aku dan suami. Alhamdulillah..

baru 3 tahun tapi rasa macam dah 30tahun.. haha.. tapi kadang-kadang rasa macam bujang dan bercinta lagi pun ada juga.

14 Mei 2011
i love you.