Tuesday 22 October 2013

Adik Anis ku Sayang...

Hari isnin yang lalu, bersamaan 21 Oktober 2013, awal-awal pagi lagi aku ke klinik... satu-satunya klinik yang buka seawal 7 pagi di Balik Pulau adalah klinik Kong & Sia (16jam)... Aku tak dapat tahan lagi kesakitan, nekad untuk berjumpa doktor.

Pesanan doktor yang terakhir sebelum membenarkan aku keluar untuk mengambil ubat adalah 'jangan makan makanan pedas, berminyak dan jangan minum susu' dan doktor memberikan aku cuti sehari untuk berehat di rumah.

Aku balik ke rumah terusnya makan ubat dan berehat.

Setibanya petang, aku rasa lebih bertenaga. Aku masuk ke dapur dan buat pemantauan bekalan makanan mentah yang ada... Ini rumah ayah, rumah aku di besarkan, rasanya lebih selesa daripada rumah aku sendiri... bersilatlah aku didapur... terasa hilang terus kesakitan...

Cucu ayah Adik Anis ada, sejak pulang dari tadika dia tidak mahu pulang ke rumahnya seperti selalu.Aku suka dia ada.

Tiba masa aku hidangkan makanan di meja ayah datang.

"masak sambal?" tegur ayah.

"ya ayah, tapi doktor tak bagi makan pedas. Suci makan sikit lah" jawab aku seraya menyusun mangkuk di atas meja.

Adik Anis berdiri dan mendengar perbualan aku dan ayah. Dia pandang tepat kepada aku dan berkata,

"Ude, Allah tahu. Doktor tak tahu, tapi Allah tahu."

Aku terdiam panjang. Fikir. Adik Anis masih mengulang ayat yang sama setelah melihat aku hanya terdiam.

Oh Adik Anis ku sayang... Ude sayang Adik Anis banyak-banyak. Terima kasih ingatkan Ude.

22 Oktober 2013, Hari Lahir Adik Anis yang ke 5 tahun. Ude doakan Adik Anis membesar menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

p/s: selepas berfikir panjang baru aku paham maksud Adik Anis. korang yang dah baca ni paham tak? :)


Adik Anis pada 21 Oktober 2013

No comments:

Post a Comment