Friday 25 October 2013

Perbezaan ( A != B)

Salam Geng!

Hari ini ada sikit masa untuk komen tentang tajuk perbezaan. Kalau dalam bahasa pengaturcaraan C ialah !=
Tajuknya membawa maksud yang sangat luas, tapi aku hanya hendak huraikannya dari satu sudut sahaja iaitu mengenai perkara yang berlalu pada hari ini atau pernah berlaku kepada diri aku beberapa bulan yang lepas...

Seorang yang berada di atas dalam pejabat datang dan meluahkan perasaan tidak puas hati. Mukanya merah padam menahan marah kerana merasa tertekan akibat membetulkan kerja seseorang yang masih baru dan berada di bawah... Itulah perbezaannya. Atas dan bawah. Aku? Aku masih di bawah. Semoga dia tidak lupa yang dahulunya dia juga pernah berada dibawah... semoga suatu hari nanti aku juga tidak lupa.... Amin.

Seorang yang aku kenali memberikan pesanan melalu sistem pesanan ringkas di talifonku. Aku baca sambil tersenyum. Mesej ringkas untuk meminjam wang. Aku baca. Aku fikir dalam dalam. Aku diam menyepi. Aku tidak ada alasan tapi aku tetap diam. Dia mungkin susah. Dia nampak seperti aku senang. Itulah perbezaannya. Susah atau senang. Aku? Aku bersyukur. Setakat ini rezeki aku. Aku belum dikurniakan anak. Ini rezeki aku. Aku tinggal dia rumah flat. Ini rezeki aku. Aku memandu kereta kancil. Ini rezeki aku. Adakah aku senang? Semoga dia ukur baju di badan sendiri. Semoga aku juga sentiasa beringat untuk ukur baju dibadan sendiri... Amin.


  Ramai yang akan membaca karangan aku kali ini akan mempunyai seribu satu tafsiran mengenai perkara di atas. Terpulanglah kepada mereka. Maksud tersirat dan tersurat yang sebenarnya hanya aku dan DIA sahaja yang tau. Itu sudah cukup.

No comments:

Post a Comment