Tuesday 17 September 2013

Rezeki

Kadang kadang terpikir. Tujuan kewujudan kita. Seberat berat gunung bukan hanya untuk memberatkan bumi. Sehalus halus zarah pasti ada tanggung jawabnya.

Rezeki.

Sejak bangun tidur pagi tadi sudahkah kita bersyukur? Untuk pinjaman fizikal mahupun gemuk atau kurus, untuk helaan nafas dan udara, untuk nikmat 5 deria, untuk air yang menyegarkan, untuk kapas kapas yang menghijabkan dan untuk roh yang masih belum terlerai dari jasad... Sudahkah kita bersyukur?

Rezeki.

Aku atau kau. Kita sama di sisi Allah. Yang membezakan kita hanyalah IMAN. Ingat!

Rezeki. Siapakah kita mahu mempertikaikannya?

Fikir dan jangan berhenti berfikir.

No comments:

Post a Comment