dah tertulis, ini semua berlaku atas kehendak-Nya... kalau bukan milik aku, tetap bukan milik aku... yang pergi, tetap akan pergi... kekuatan yang diperlukan juga datang dari-Nya... semua yang kita miliki juga milik-Nya, diri ini juga pinjaman dari-Nya...
selangkah menepi, menjurus ke dalam, tertusuk di kalbu...
perlahan menitis sisipan rindu, keruh jua tapisnya tiada...
datang tak dicari, hilang tanpa diminta. kabus cinta.
senja berlabuh, berderai malam, mana datang embunnya?
pernahkah kau dengar nasihat ayah??? rintihan ibu berlagu pilu.... BANGUN!!!
dari mana asalnya darah kau??? yang mengalir tanpa kau sedari hadirnya...
tunggu luka baru terbuka mata... MERAH... itu bukan milik kau!
dan bukan milik aku lagi.
sejenak terpikir, ini balasan dari-Nya, Ujian dari-Nya... aku Redha Ya Allah dgn ketentuan Mu...
Engkau lah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...
Saturday, 14 July 2012
Sunday, 24 June 2012
Hujung Nanti
bulan retak. langit gelap. risau.
mendongak, harapan kian pupus.
lari sekuat mana pun, takkan jauh.
ini mungkin masanya.
dan aku. ternyata belum sedia.
mendongak, harapan kian pupus.
lari sekuat mana pun, takkan jauh.
ini mungkin masanya.
dan aku. ternyata belum sedia.
Monday, 11 June 2012
Saturday, 9 June 2012
Gambar Sahabat
Kali ini nak share gambar kawan-kawan aku pulak.... yang mana yang sempat ok... sebab ada banyak... kalau yang tertinggal tu jangan ambik hati ok!
Saat-saat bahagia....
| BFF i ni... luv sgt2 kt diorang!!! |
| BFF merangkap housemate 3tahun kt S.A. Geng 24!!! |
| Lelaki dalam gambar ini umpama abang yang menjaga adik2nya...serius!!! |
| ini pulak kawan-kawan ATC.. unite... 1-World... |
| time kawen noora... i pengapit dia tau.. :) kwn2 yg rock! |
| OK.. lelaki ini & perempuan ini...hahahha itu suami my BFF... kalau jumpa diorang ni mmg tak kering gusi. |
| kawan-kawan sekerja kt penang... i dgn en. suami pi bday zati... |
| ape lg nak ckp pasal diorang ni??? mmg BFF aku pun! |
| miss jackie<baju merah tengah2>..dia banyak jaga aku masa keje... aku demam pun dia yg bg ubat!! |
| best friend..best friend...best friend!!! |
| hari jumaat ja kuar p makan kek... have fun! |
| ini nama dia mmg banyak dalam blog aku... :) One person dat i can share everything!!! |
| i love u!! fullstop! |
| i miss u all soooooooooo much!!!! |
| kawan-kawan SGGS... |
| kawan-kawan Uni... |
| rindu rindu rindu rindu... lama tak jumpa ni!!! |
| kawan-kawan zaman yang paling best masa belajar kat Kuantan. |
Gambar-gambar express yang di ambik dari FB je sebenarnya... ini gambar sekitar tahun 2009 onwards....semua yang ada kat atas ni adalah kawan yang meninggalkan sejuta memori kekal di hati ku... ada ramai lagi kawan yang mungkin aku tertinggal... maaf sgt2... tapi kalian semua memang sangat aku hargai.... sayang sangat-sangat kat korang semua!!!
Untuk tatapan aku... Sahabat Untuk SelamaNya...
Saturday, 2 June 2012
benci sebenci benci nya
baru-baru ni aku jadi makin over sensitif.... skit-skit nangis... skit-skit terus diam... termenung.... diam lagi... kurung diri dalam bilik.... diam dan terus diam.....
aku benci sebenci bencinya diri aku yang macam ni. aku berlawan dgn perasaan sendiri... ini bukan diri aku... jangan terus hanyut macam ni... tetap seorang diri, sunyi. aku buka mata dan terus tulis entry ini.
dah banyak hari aku mcm ni... aku ambik cuti panjang... lebih panjang dari cuti perkahwinan aku... hasilnya aku tidur, tidur dan tidur....pejam mata bayangkan kebahgiaan dan terus di ulit bayangan... bila sedar, realitinya tak berubah... tetap sama. sendiri.
senang untuk orang berkata-kata... senang untuk meneka dan mungkin mencerca perbuatan aku... selagi mereka mampu, silakan... biar aku sendiri, tak bertanya, tak ingin tahu dan lepaskan semuanya berlegar dalam fikiran aku sendiri.... tanpa mereka tau kisah sebenar.... kisah yang hanya aku simpan.... untuk aku merana selamanya di dalam hatiku.
diri aku sekarang. berita baik boleh buat aku menangis sehingga tak dapat di kawal air mata ni mengalir.... walaupun tak teresak-esak, air mata itu tetap deras.... tiada berita sedih... tapi kenangan itu juga buat aku menangis seteruk-seteruknya.... aku makin tak pandai menipu mereka tentang rasa hati ku... tak dapat sembunyi lagi.... lakonan gembiraku makin tak menjadi.... maafkan aku.
untuk hidup dalam kesedihan dan tetap tersenyum bukan mudah... bila separuh dari diri hilang dan berlagak seperti sempurna juga bukan mudah.... untuk simpan semua kebenaran di dada dan hidup dalam penipuan juga bukan mudah.... hidup ini sendiri pun bukan mudah....
tolong jangan buli aku lagi... mulai hari ini... jangan buli aku lagi.... aku takkan tersenyum lagi walaupun aku bersedih.... aku takkan ketawa lagi walaupun aku sengsara.... dugaan ini untuk diri ku... aku terima... tetapi kau!!!!!!!! tolong jangan buli aku lagi.
sekarang aku percaya yang tahap kesabaran setiap orang ada tahap maksimanya... berhenti setakat ini. cukup sampai sini.
ini pilihan yang aku ambil... aku Redha... aku takkan menyesal, semua ini telah tertulis untuk aku... aku akan lalui... tetap lalui... Insya'Allah... tanpa melupakan-Nya yang SATU...

Monday, 21 May 2012
L.A.R.U.T
Thursday, 17 May 2012
Ku Tunggu IMAMKU Pulang
Hari - hari melangkah dalam keramaian,
Di sudut hati tetap sepi,
Bersama keriuhan ketawa gembira,
Di sebaliknya tangisan berkaca,
Pejamkan mata ku rasakan kehadiran mu,
DAMAI. Inginku sentuh, hanyalah bayangan...
Kembalilah mengisi kekosongan yang kau tinggalkan,
Kesatlah air mata ini dengan sentuhan insaf mu,
Biarkanlah kenangan itu berkubur bersama sejarah hitam,
Pimpinlah tanganku, mulakan cerita baru, menuju Redha-Nya.
MENUNGGU IMAMKU PULANG,
MENUNGGU KAMU PULANG,
Bawalah bersama cahaya,
Sehingga dapat ku sentuh DAMAI itu ADA.
-Nukilan Hati Suci-
17 Mei 2012
13:56; Pulau Pinang.

![]() |
| Suami Isteri |
-Nukilan Hati Suci-
17 Mei 2012
13:56; Pulau Pinang.
Subscribe to:
Posts (Atom)