Salam... Hai semua...
Lama tidak menulis, kali ini kembali dengan cerita tentang aku dan clomid.
Bulan Jun 2016 haid aku terlalu banyak. Pagi hampir 4 kali bertukar pad. Malam tu darah haid keluar terlalu banyak sehingga aku buat keputusan untuk ke klinik. Sampai ke klinik doktor beri surat ke jabatan kecemasan hospital kerana ketika di klinik aku bocor teruk, darah tak dapat kawal.
Pendekkan cerita, hari itu lah pertama kali aku berjumpa Doktor pakar sakit puan (selain semasa mengandung). Setelah diberi rawatan, doktor berikan aku ubat hormon bernama Norcolut untuk di makan selama 14 hari. Katanya untuk betulkan hormon... Selepas 14 hari aku datang lagi berjumpa doktor.
Aku dengan jujur memberitahu doktor tentang keinginan aku untuk merancang kehamilan. Doktor memberikan aku Clomid 50mg untuk di makan pada hari ke 2 hingga hari ke 5 haid. Aku mula mengambil Clomid pada 1 Julai 2016 hingga 5 Julai 2016 seperti arahan doktor pakar. Sepatutnya doktor arahkan aku datang pada hari ke 10, untuk scan telor tapi hari ke 10 jatuh pada cuti hari raya, aku berada di kampung. Tidak dapat scan telor tapi aku dan suami redha dan kami berusaha sendiri.
Di takdirkan pada 2 Ogos 2016, aku terasa seperti seram sejuk dan demam, ke klinik doktor beri MC. Aku perasan sakit lain macam pada buah d4d4. Hati tergerak nak buat UPT dan pada 3 Ogos 2016 seawal subuh aku buat UPT.... dua line yg terang benderang. Perasaan berdebar dan ketar lutut!
Pagi aku ke office, berkongsi berita dengan office mate. Aku seakan tak percaya. Aku turun ke bawah dan pergi ke farmasi, beli lagi satu UPT. Pada ketika itu sudah menghampiri 11pagi... Lagi sekali UPT aku positif.
Aku masih ingat aku tersenyum lebar, aku senyum lebar kepada semua orang... sambil berjalan kembali ke office, sambil tersenyum lebar! bergenang air mata aku bercerita pada rakan-rakan office. Seperti diawan awanan...
4 Ogos 2016 aku bertemu semula dengan doktor pakar... Dengan banyak sejarah keguguran sebelum ini doktor beri aku makan satu lagi pil hormon selama dua minggu bernama Duphaston 10mg. Sehari makan dua kali bertujuaan untuk kuat kan rahim. Terlalu awal untuk scan, mengikut kiraan doktor, aku kandungan aku baru 5 minggu. :)
~~bersambung~~
No comments:
Post a Comment