assalamualaikum...
hari ni terasa sunyi sangat opis ni.. bkn terasa lagi dah.. memang sunyi...depa-depa pi lunch pastu main boling... tinggal la sekerat dua kerat ja...
hari ni juga terasa macam nak bagitau... saya nak sangat... nak sangat sangat anak. berbaur-baur perasaan dalam hati ni. selalu ada ja perasaan macam ni...tapi kali ni lebih lagi..rasa lebih lagi...rasa kuat lagi.... semakin kuat lagi..... haaaaa... memang nak anak.
terasa rindu. ok lah.
itu sahaja.
bye!
Sunday, 24 November 2013
Friday, 25 October 2013
Perbezaan ( A != B)
Salam Geng!
Hari ini ada sikit masa untuk komen tentang tajuk perbezaan. Kalau dalam bahasa pengaturcaraan C ialah !=
Tajuknya membawa maksud yang sangat luas, tapi aku hanya hendak huraikannya dari satu sudut sahaja iaitu mengenai perkara yang berlalu pada hari ini atau pernah berlaku kepada diri aku beberapa bulan yang lepas...
Seorang yang berada di atas dalam pejabat datang dan meluahkan perasaan tidak puas hati. Mukanya merah padam menahan marah kerana merasa tertekan akibat membetulkan kerja seseorang yang masih baru dan berada di bawah... Itulah perbezaannya. Atas dan bawah. Aku? Aku masih di bawah. Semoga dia tidak lupa yang dahulunya dia juga pernah berada dibawah... semoga suatu hari nanti aku juga tidak lupa.... Amin.
Seorang yang aku kenali memberikan pesanan melalu sistem pesanan ringkas di talifonku. Aku baca sambil tersenyum. Mesej ringkas untuk meminjam wang. Aku baca. Aku fikir dalam dalam. Aku diam menyepi. Aku tidak ada alasan tapi aku tetap diam. Dia mungkin susah. Dia nampak seperti aku senang. Itulah perbezaannya. Susah atau senang. Aku? Aku bersyukur. Setakat ini rezeki aku. Aku belum dikurniakan anak. Ini rezeki aku. Aku tinggal dia rumah flat. Ini rezeki aku. Aku memandu kereta kancil. Ini rezeki aku. Adakah aku senang? Semoga dia ukur baju di badan sendiri. Semoga aku juga sentiasa beringat untuk ukur baju dibadan sendiri... Amin.
Ramai yang akan membaca karangan aku kali ini akan mempunyai seribu satu tafsiran mengenai perkara di atas. Terpulanglah kepada mereka. Maksud tersirat dan tersurat yang sebenarnya hanya aku dan DIA sahaja yang tau. Itu sudah cukup.

Tuesday, 22 October 2013
Adik Anis ku Sayang...
Hari isnin yang lalu, bersamaan 21 Oktober 2013, awal-awal pagi lagi aku ke klinik... satu-satunya klinik yang buka seawal 7 pagi di Balik Pulau adalah klinik Kong & Sia (16jam)... Aku tak dapat tahan lagi kesakitan, nekad untuk berjumpa doktor.
Pesanan doktor yang terakhir sebelum membenarkan aku keluar untuk mengambil ubat adalah 'jangan makan makanan pedas, berminyak dan jangan minum susu' dan doktor memberikan aku cuti sehari untuk berehat di rumah.
Aku balik ke rumah terusnya makan ubat dan berehat.
Setibanya petang, aku rasa lebih bertenaga. Aku masuk ke dapur dan buat pemantauan bekalan makanan mentah yang ada... Ini rumah ayah, rumah aku di besarkan, rasanya lebih selesa daripada rumah aku sendiri... bersilatlah aku didapur... terasa hilang terus kesakitan...
Cucu ayah Adik Anis ada, sejak pulang dari tadika dia tidak mahu pulang ke rumahnya seperti selalu.Aku suka dia ada.
Tiba masa aku hidangkan makanan di meja ayah datang.
"masak sambal?" tegur ayah.
"ya ayah, tapi doktor tak bagi makan pedas. Suci makan sikit lah" jawab aku seraya menyusun mangkuk di atas meja.
Adik Anis berdiri dan mendengar perbualan aku dan ayah. Dia pandang tepat kepada aku dan berkata,
"Ude, Allah tahu. Doktor tak tahu, tapi Allah tahu."
Aku terdiam panjang. Fikir. Adik Anis masih mengulang ayat yang sama setelah melihat aku hanya terdiam.
Oh Adik Anis ku sayang... Ude sayang Adik Anis banyak-banyak. Terima kasih ingatkan Ude.
22 Oktober 2013, Hari Lahir Adik Anis yang ke 5 tahun. Ude doakan Adik Anis membesar menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat.
p/s: selepas berfikir panjang baru aku paham maksud Adik Anis. korang yang dah baca ni paham tak? :)

![]() |
| Adik Anis pada 21 Oktober 2013 |
Tuesday, 24 September 2013
Lapang Sebelum Sempit
Assalamualaikum... :) Selamat Pagi dan Salam Sejahtera...
Pagi yang indah.... Hati yang gembira.... Alhamdulillah.
Baru je minggu lepas bergembira sebab di beri kesempatan dan masa yang lapang... Minggu ni kesibukkan kembali melanda.... Ni curi curi jugak taip kat sini... Nak jugak cerita.... Sebab minggu lepas aku ada taip satu entry.... tapi sebelum habis karang kerja dah datang bertimpa timpa... so, tak sempat siapkan entry tu... tapi memang banyak lah cerita dalam entry tu nanti... entah bila lah nk siap kan...
Banyak sangat benda yang diatur dalam fikiran... tapi itulah masa lapang telah kembali sempit... mencuba untuk menuju ke arah yang telah di rencanakan tetapi tetap redha jika aturan Maha Esa mendahului....
ohhhh.... pagi tadi sebelum mulakan kerja aku pun angkat tangan, menadah doa... Lepas bismillah aku dengan konfiden membaca بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Amin sambil sapu telapak tangan di seluruh muka... Lepas tu... Aku termenung kejab... Ya Allah...
Eh.... kenapa aku baca doa tidur ni???
Alamak bos telah datang dan bertanya kan status kerja... Nasib aku telah cepat men-cover window ni... Ok geng... Chow dulu! tata titi tutu...Ingat jangan kantoi... ;p
Bye~~

Tuesday, 17 September 2013
disebalik sensara
Assalamualaikum,
hari ini setelah sekian lama.... aku mencuri masa untuk menulis di sini.... skema sangat ayat aku ni... ehem ehem...
mula balik:
hari ni aku baru rasa normal. kerja dah tak menghimpit. aku dah di lepas kan dari satu "task" yang membuatkan hidup aku huru hara dalam masa sebulan dua ni... hela nafas panjang... senyum meleret.... pagi tadi puas ber "FB"... jadi ralat... puas sampai rasa eh... abis dah... nak skodeng sapa ni... sapa lagi ada.... semua aku dah tengok.... hahahhaha perasaan yang dah lama aku tak rasa.... perasaan bebas dari pikir tentang kerja... tau?
teringat... haaaaaa.... lama tak update blog ni.... so, tulis satu entry pagi tadi... pastu pi lunch.... pastu balik lunch.... puas ber "FB" pastu tulis blog lagi. bahagianya..... aparaaaaa berapa kali banyak "pastu" lah...
lawak tau. dalam sibuk sibuk kerja. sampai terlalu sibuk. sampai terlalu tertekan... sampai terlalu sempit... sampai menangis, meraung....sampai i.dunno.wat.2.say.or.how.2.explain.but.i.know.it.is.hurt.until.bleeding.inside.i.am.torn.apart.
sampai begitu sekali kau kerja suci. aku ni kerdil ja. buat kerja picisan ja, apa la yang nak heboh sangat kan? orang lain kerja selamatkan nyawa orang, tangkap orang jahat, memberi ilmu, meng-imamkan solat, menyusu!!! apa sangat lah yang aku kerja-kan sampai menangis meraung tu?? lawak kan???
sekarang bila fikiran waras rasa nak ketawa pun ada jugak bila ingat balik. tak payah lah tulis sini apa yang menyebabkan aku sengsara sangat buat kerja time tu kan... tapi yang aku nak tulis kat sini ialah pemilihan kawan yang tepat sangat mempengaruhi emosi pada waktu tu. syukur kawan kawan aku sangat membantu. lebih lebih lagi kawan kawan yang dalam group watsapp... you know who u r.... dan kawan kawan sebaya di tempat kerja... memang sangat membantu! sebab kita duduk sama rendah, kita berdiri sama tinggi. kita nampak permandangan yang sama. kita paham sesama kita. terima kasih kawan kawan... i love u all.... terima kasih mendengar dan memberi nasihat dan tak bosan bosan dengar keluh kesah aku pasal kerja. terima kasih.
Yang penting disebalik sensara itu, aku sekarang kenal, siapa kawan dan siapa lawan. :)
panjang lagi nak story ni. ada cerita seram. ada cerita c.i.n.t.a. hehehe tapi lain kali lah sambung... sebabnya yeaaaayyyyyyyy aku free!!!!

| cubical yang dihiasi tanglung sempena perayaan kuih bulan pada bulan ini. |
Rezeki
Kadang kadang terpikir. Tujuan kewujudan kita. Seberat berat gunung bukan hanya untuk memberatkan bumi. Sehalus halus zarah pasti ada tanggung jawabnya.
Rezeki.
Sejak bangun tidur pagi tadi sudahkah kita bersyukur? Untuk pinjaman fizikal mahupun gemuk atau kurus, untuk helaan nafas dan udara, untuk nikmat 5 deria, untuk air yang menyegarkan, untuk kapas kapas yang menghijabkan dan untuk roh yang masih belum terlerai dari jasad... Sudahkah kita bersyukur?
Rezeki.
Aku atau kau. Kita sama di sisi Allah. Yang membezakan kita hanyalah IMAN. Ingat!
Rezeki. Siapakah kita mahu mempertikaikannya?
Fikir dan jangan berhenti berfikir.
Tuesday, 25 June 2013
sekian kalinya
setelah sekian lama.
hari ini aku karang lagi di sini.
setelah bebanan kerja berkurangan di kedua dua bahuku.
titik. cukup setakat ini. semoga ada waktu, aku akan kesini lagi.

| Abang Joe di Pasir Panjang, Balik Pulau, Pulau Pinang. |
Subscribe to:
Posts (Atom)