Tuesday, 24 September 2013

Lapang Sebelum Sempit

Assalamualaikum... :) Selamat Pagi dan Salam Sejahtera...

Pagi yang indah.... Hati yang gembira.... Alhamdulillah.

Baru je minggu lepas bergembira sebab di beri kesempatan dan masa yang lapang... Minggu ni kesibukkan kembali melanda.... Ni curi curi jugak taip kat sini... Nak jugak cerita.... Sebab minggu lepas aku ada taip satu entry.... tapi sebelum habis karang kerja dah datang bertimpa timpa... so, tak sempat siapkan entry tu... tapi memang banyak lah cerita dalam entry tu nanti... entah bila lah nk siap kan...

Banyak sangat benda yang diatur dalam fikiran... tapi itulah masa lapang telah kembali sempit... mencuba untuk menuju ke arah yang telah di rencanakan tetapi tetap redha jika aturan Maha Esa mendahului....

ohhhh.... pagi tadi sebelum mulakan kerja aku pun angkat tangan, menadah doa... Lepas bismillah aku dengan konfiden membaca بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Amin sambil sapu telapak tangan di seluruh muka... Lepas tu... Aku termenung kejab... Ya Allah...
Eh.... kenapa aku baca doa tidur ni???

Alamak bos telah datang dan bertanya kan status kerja... Nasib aku telah cepat men-cover window ni... Ok geng... Chow dulu! tata titi tutu...Ingat jangan kantoi... ;p

Bye~~

Tuesday, 17 September 2013

disebalik sensara

Assalamualaikum,

hari ini setelah sekian lama.... aku mencuri masa untuk menulis di sini.... skema sangat ayat aku ni... ehem ehem...

mula balik:

hari ni aku baru rasa normal. kerja dah tak menghimpit. aku dah di lepas kan dari satu "task" yang membuatkan hidup aku huru hara dalam masa sebulan dua ni... hela nafas panjang... senyum meleret.... pagi tadi puas ber "FB"... jadi ralat... puas sampai rasa eh... abis dah... nak skodeng sapa ni... sapa lagi ada.... semua aku dah tengok.... hahahhaha perasaan yang dah lama aku tak rasa.... perasaan bebas dari pikir tentang kerja... tau? 

teringat... haaaaaa.... lama tak update blog ni.... so, tulis satu entry pagi tadi... pastu pi lunch.... pastu balik lunch.... puas ber "FB" pastu tulis blog lagi. bahagianya..... aparaaaaa berapa kali banyak "pastu" lah...

lawak tau. dalam sibuk sibuk kerja. sampai terlalu sibuk. sampai terlalu tertekan... sampai terlalu sempit... sampai menangis, meraung....sampai i.dunno.wat.2.say.or.how.2.explain.but.i.know.it.is.hurt.until.bleeding.inside.i.am.torn.apart.
sampai begitu sekali kau kerja suci. aku ni kerdil ja. buat kerja picisan ja, apa la yang nak heboh sangat kan? orang lain kerja selamatkan nyawa orang, tangkap orang jahat, memberi ilmu, meng-imamkan solat, menyusu!!! apa sangat lah yang aku kerja-kan sampai menangis meraung tu?? lawak kan???

sekarang bila fikiran waras rasa nak ketawa pun ada jugak bila ingat balik. tak payah lah tulis sini apa yang menyebabkan aku sengsara sangat buat kerja time tu kan... tapi yang aku nak tulis kat sini ialah pemilihan kawan yang tepat sangat mempengaruhi emosi pada waktu tu. syukur kawan kawan aku sangat membantu. lebih lebih lagi kawan kawan yang dalam group watsapp... you know who u r.... dan kawan kawan sebaya di tempat kerja... memang sangat membantu! sebab kita duduk sama rendah, kita berdiri sama tinggi. kita nampak permandangan yang sama. kita paham sesama kita. terima kasih kawan kawan... i love u all.... terima kasih mendengar dan memberi nasihat dan tak bosan bosan dengar keluh kesah aku pasal kerja. terima kasih.

Yang penting disebalik sensara itu, aku sekarang kenal, siapa kawan dan siapa lawan. :)


panjang lagi nak story ni. ada cerita seram. ada cerita c.i.n.t.a. hehehe tapi lain kali lah sambung... sebabnya yeaaaayyyyyyyy aku free!!!!




cubical yang dihiasi tanglung sempena perayaan kuih bulan pada bulan ini.

Rezeki

Kadang kadang terpikir. Tujuan kewujudan kita. Seberat berat gunung bukan hanya untuk memberatkan bumi. Sehalus halus zarah pasti ada tanggung jawabnya.

Rezeki.

Sejak bangun tidur pagi tadi sudahkah kita bersyukur? Untuk pinjaman fizikal mahupun gemuk atau kurus, untuk helaan nafas dan udara, untuk nikmat 5 deria, untuk air yang menyegarkan, untuk kapas kapas yang menghijabkan dan untuk roh yang masih belum terlerai dari jasad... Sudahkah kita bersyukur?

Rezeki.

Aku atau kau. Kita sama di sisi Allah. Yang membezakan kita hanyalah IMAN. Ingat!

Rezeki. Siapakah kita mahu mempertikaikannya?

Fikir dan jangan berhenti berfikir.

Tuesday, 25 June 2013

sekian kalinya

setelah sekian lama.
hari ini aku karang lagi di sini.
setelah bebanan kerja berkurangan di kedua dua bahuku.
      titik. cukup setakat ini. semoga ada waktu, aku akan kesini lagi.


Abang Joe di Pasir Panjang, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Monday, 18 March 2013

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama sangat tak update blog... hari ini pun dah nak masuk penghujung bulan Mac 2013...

Weekend lepas ayah tercinta masuk wad lagi... Sakit dada... Doktor bagitau saluran jantung tersumbat.... Panjang cerita, tapi taktau nak luah macam mana....malam tu aku tak boleh tidur lena.... mimpi bukan-bukan.... lepas teman ayah kat wad sepanjang hari baru boleh tidur nyenyak...

Cerita hari ini pulak terserempak dengan gambar kawan baik kat FB... wah...nampak perut lain skit.... terus watsapp dia... betul la tekaan aku... dia dah 5 bulan preggy.... ini yang buat aku senyum tak henti henti sampai telinga.... sambil taip ni pun duk senyum tak abis lagi.

Aku boring sangat sebenarnya ni... kerja dah ok... belum masuk mana-mana projek lagi minggu ni... dari semalam online ja.... so karang blog la sekejab... :)

Oh... Aku kan ada cakap dalam entry lepas nak update pasal rumah sewa baru... aku serius taktau yang rupanya rumah blok aku duduk tu rupanya mengadap laut...sampai la hari aku amik kunci baru sedar.... tapi balkoni rumah aku mengadap taman permainan dan padang.... jiran tepi rumah aku balkoni dia mengadap laut.... Blok rumah aku tu atas bukit, dan rumah aku tingkat 3... dari kaki lima sebenarnya memang nampak laut....patut la angin sepoi-sepoi bahasa... :) 

preview sket je carpet, langsir dan warna dinding umah sewa aku...
kadang-kadang benda kecik ja... boleh buat kita senyum sepanjang hari... :) Syukur sangat dengan apa yang aku miliki hari ini... sederhana tapi bahagia...

Lagi cerita hari ini? dah tepat kul 11:28 pagi... aku nak turun lunch...

bye semua... Salam Rindu Dari Suci.

Wednesday, 30 January 2013

Rumah Baru

Assalamualaikum...
Lama juga aku tak update blog ni. Yela, cuti ganti Thaipusm hari isnin tu aku balik kampung suami... 3 hari kat kampung, tapi hari sabtu kami pi Shah Alam, rumah Wany... Tujuannya nak tengok baby Arissa yang lahir pada 11 Jan 13...
Comel sangat!!!
Ok. Tajuknya rumah baru sebab aku dah jumpa rumah sewa yang ambil masa 5-10minit perjalanan ke tempat kerja. Dah bayar deposit sebulan untuk booking dan tinggal nak sain agreement je Jumaat ni. Pastu boleh terus ambil kunci... Excited sangat! Harap semuanya berjalan dengan lancar.
Nanti aku update lg pasal rumah baru ini k... kalau extra rajin aku upload gambar sekali.. :)
Ni ha gambar kami semua pi tengok baby Arissa kat Shah Alam:

Wany dan Arissa.. Aunty Mas, Mawar, Jamie dan Aida.. Baby Reykal pun ada.. Comel!! 



~bye~

Friday, 18 January 2013

Berangan

Salam untuk semua...

hari ni aku macam melayang-layang. berangan je kerjanya...
sekarang aku kat tempat kerja.. ada kerja tapi buat 5 minit dah siap.. kerja tu dah dua minggu aku buat, due date arini... pastu aku mula la berangan..

mula-mula sekali pagi tadi aku berangan nak bagi nama apa untuk anak aku... tiba-tiba boleh berangan macam tu... pastu tau tak? kuar la nama Iman Amani dan Ameen Sufyan. :)

sempat tulis nama tu dalam buku note kerja


dalam pukul 10pagi macam tu aku pun berangan lagi nak sewa condo.. aku pun tengok la kat laman sesawang.. rumah cantik-cantik.. wah... nak nak rumah tu 15minit je ke tempat kerja.. ***berangan jela kan*** konon nak letak sofa warna hitam.. perabut warna putih... balkoni mengadap laut... fuhhhhh ***paham kan?aku berangan je ni***

lunch aku tak makan sebab nak tido.. aku pun pi la surau dalam pukul 11.30pagi.. memang sini lunch awal. pastu sambil nak tertelap aku buka la movie Seefood... Pastu berangan lagi... Issshhh kalau la Samsung Galaxy Note II ni mesti best... besar sikit skrin... berangan la pegang Note II tu penuh satu tangan... kui kui kui.. ***Apa apa tah***

minggu ni lah minggu yang paling mencabar ketahanan mental aku setelah sekian lama... kebetulan kerja aku siap awal pagi tadi... bos pun macam paham-paham tak bagi aku assignment baru lagi... jadi aku isi masa lapang dengan berangan~~~

minggu ini aku banyak kerja. ada 7 block yang aku buat nak review minggu ni. pastu 5.15ptg - 9.15mlm aku ada trainning lak kat USAINS.

Nak dijadikan kisah suami tercinta masuk kerja pukul 6pagi. Dia kerja kat dapur macam tu la. Kami kerja tempat/bangunan yang sama jadi pergi dan balik sama-sama. Lagipun memang ada satu kenderaan je sebab kereta aku belum siap betul lagi kat bengkel. Perjalanan ke tempat kerja 45minit ke 1jam. Pukul 5.15pagi aku dan suami dah kuar rumah. Bangun pukul 4 lebih. Panjang cerita~~~ Cerita pendek tu kiranya aku kuar umah 5.15pagi, sampai umah balik dalam kul 10 malam.
Letih? tak payah nak cerita la kan. Tido pun lebih kurang 5jam sehari.

Dalam letih sakit-sakit badan, tak cukup tido hari-hari dan sakit kepala tu...aku syukur sangat-sangat yang aku dan suami dapat bersama-sama. tak payah jauh-jauh lagi macam dulu. :) lagi pulak suami dapat kerja setampat dengan aku. Sorang sikit kami bertolak ansur. Aku datang awal, dia pulak sepatutnya balik kul 5ptg kena balik lewat sebab aku ada trainning. :)

P/S: Part ini bukan berangan.. aku memang tengah cari rumah yang dekat dengan tempat kerja. Memang berat hati nak tinggalkan rumah ayah sebab risau sangat ayah dengan Sadiq je kat rumah tu... Tapi........ Aku yakin Allah Maha Mengetahui isi hatiku... Hanya pada Dia aku berserah. Semoga ada jalan yang baik untuk kami...

P/S II: Rumah yang aku cari tu adalah rumah flat je...bukan la condo macam yang aku duk berangan pagi tadi tu. :) *InsyaAllah aku masih dapat bezakan Berangan dan Impian* dan *aku masih berpijak pada bumi nyata*

Bagi aku berangan umpama hiburan hati.
Pelik tapi benar. Ini Realiti kehidupan.
Impian aku 100% berbeza dari apa yang aku angan-angankan.